Buletin

MERCEDES-BENZ MALAYSIA LANCAR GLA200, GLA250 DAN GLA 45 AMG – 381HP!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan facelift bagi model kelas GLA. Sepertimana model sebelum ini, tiga varian ditawarkan iaitu GLA 200 Urban Line, GLA 250 4Matic AMG dan flagship kereta kompak paling power tak ingat GLA 45 AMG.

Sejak model A series ini diposisikan kepada varian prestasi tinggi dengan enjin turbo dan kuasa setinggi 250 kuasa kuda, Mercedes sudah berjaya mengubah persepsi pasaran. Jika dahulu, Mercedes hanya dikaitkan dengan kemewahan, kini ia datang dengan satu pakej, mewah, selesa dan berprestasi tinggi.

Walaupun Mercedes mengelaskannya sebagai “SUV”, GLA ini sebenarnya lebih sesuai digelar crossover. Ia pertama kali diperkenalkan ke pasaran tempatan pada 2014 dan sekarang sudah tiba masa untuk pembaharuan kecil sebelum digantikan dengan model baru sepenuhnya dua tahun lagi.

BACA: MERCEDES C350E PLUG IN HYBRID

Beberapa perubahan kecil dibuat terhadap bentuk kosmetik kereta ini. Bampar hadapan direka semula dengan gandingan lampu baru yang kini menggunakan teknologi LED sepenuhnya. Bahagian belakang, lampu kini datang dengan garis cahaya baru yang lebih menarik. Di bawah bumper pula direka lebih aerodinamik berbentuk sebuah diffuser secara one piece.

Model baru ini dijual pada harga:

  • GLA 200 Urban Line RM239,888
  • GLA 250 4Matic AMG RM269,888.
  • GLA 45 AMG RM408,888

GALERI

Google ads
Back to top button