Artikel Pilihan

MEMAHAMI STRUKTUR KERANGKA “MONOCOQUE” DAN “LADDER FRAME”

Mungkin anda biasa mendengar kedua-dua istilah ini, mungkin juga tak pernah dengar atau mungkin juga dengar tapi tak jelas apa maksudnya. Dalam artikel ini, kami akan beri gambaran tentang perbezaan antara dua jenis struktur binaan ini.

Monocoque bermaksud unibody ataupun kerangka tunggal manakala ladder frame merupakan badan kenderaan digabungkan dengan kerangka asas berbentuk tangga. Casis merupakan kerangka ataupun tulang kepada sesebuah kenderaan dan ini adalah dua jenis rekaan kerangka yang paling popular.

MONOCOQUE @ UNIBODY

Monocoque ataupun unibody adalah isitilah yang digunakan bila kerangka kenderaan itu direka dan dihasilkan untuk menampung berat kenderaan dan fungsi-fungsi lain struktur kerangka. Ia dicapai dengan menguatkan bahagian lantai kenderaan dan tiang-tiang dengan menggunakan kimpalan pada bahagian-bahagian tertentu.

LADDER FRAME / LADDER CHASSIS

Ladder frame ataupun kerangka berbentuk tangga pula adalah istilah yang digunakan bila bahagian badan kenderaan dicantumkan pada kerangka asas yang berasingan.

Kerangka ini berbentuk seperti tangga yang digunakan untuk anda menukar mentol lampu di rumah dan mempunyai panjang yang sama dengan panjang sesebuah kenderaan tersebut.

Kedua-dua cesi mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing tetapi keduanya berupaya melakukan tugas-tugas yang sepatutnya, antaranya:

  • Menampung beban berat sesebuah kenderaan termasuk muatannya sekali (sama ada penumpang mahupun kargo).
  • Menyediakan kelengkapan untuk pemasangan sistem suspensi, enjin dan kotak gear. Ia juga mesti cukup kuat untuk menampung keadaan komponen ini berdasarkan keadaan pemanduan yang pelbagai.
  • Mampu menahan rintangan ataupun regangan sewaktu kenderaan dipandu.
  • Ia juga membolehkan sesebuah kenderaan menarik ataupun menunda objek berat lain (kenderaan dan sebagainya) kerana biasanya objek itu biasanya dicangkuk terus ke bahagian kerangka.

Tidak kira kerangka jenis apapun, kesemuanya mesti mempunyai imbangan antara berat dan material yang digunakan, fungsi sesebuah kenderaan itu, rekaan kenderaan dan kos yang diperlukan.

Jenis casis esi tersebut mempunyai karektornya yang tersendiri dan akan menentukan fungsi dan karektor kenderaan itu sendiri.

1. PRESTASI

Monocoque adalah rekaan yang lebih ringan dan merupakan satu bonus kepada tahap ekonomi bahan api. Ia juga cukup kuat dan merupakan platform yang cukup baik untuk kenderaan yang berprestasi tinggi.

Sementara fizikal kerangka bentuk tangga menjadikannya lebih gagah dan lebih sesuai untuk membawa bebanan yang berat dan menarik objek-objek bersaiz besar.

2. REKAAN

Kerangka monocoque juga lebih rumit untuk dihasilkan, dibina ataupun untuk diubahsuai (untuk tujuan perkongsian platform) berbanding dengan kerangka bentuk tangga tetapi ia boleh diatasi dengan adanya sistem CAD (Computer Aided Design).

Tetapi untuk kerangka bentuk tangga, rekaan badan cukup mudah untuk dihasilkan, dibina ataupun diubahsuai kerana anda cuma perlu mencantumkan rekaan baru ke atas kerangka bentuk tangga yang sama asalkan ianya mempunyai dimensi yang sesuai.

3. MATERIAL

Kerangka badan monocoque boleh dihasilkan daripada pelbagai material sama ada logam ataupun logam aloi, aluminium, gentian karbon ataupun gabungan antara kesemuanya.

Kerangka bentuk tangga pula biasanya dihasilkan daripada besi.

4. FAEDAH LAIN

Adalah lebih mudah untuk menggabungkan zon remuk (crumple zones) pada kenderaan dengan chasis monocoque tetapi kelebihan kerangka bentuk tangga pula ialah ia senang diperbaiki selepas kemalangan.

Kerangka monocoque digunakan dalam kebanyakan kenderaan dan sesuai untuk kegunaan setiap hari, kenderaan mewah dan sport tetapi kerangka bentuk tangga lebih sesuai untuk kenderaan komersil dengan tugas-tugas berat.

Kereta penumpang contohnya dihasilkan dengan menggunakan kerangka monocoque berikutan kegunaannya hanya terhad untuk membawa penumpang dan sedikit bagasi. Ia tidak memerlukan kemampuan membawa barangan berat tetapi lebih ke arah prestasi dan keselesaan.

Kenderaan seperti trak pikap pula menggunakan kerangka bentuk tangga kerana rekaannya sendiri yang khusus untuk membawa kargo yang lebih berat.

PESANAN PENAJA

Kedua kerangka ini juga berkait rapat dengan kestabilan sebuah kenderaan. Kenderaan dengan chasis monocoque adalah lebih stabil dipandu dengan laju berikutan sifatnya sendiri yang teguh dan tegap.

Kenderaan dengan chasis bentuk ladder frame pula mempunyai had kelajuan dan agak kurang stabil berbanding dengan monocoque kerana ianya direka khusus untuk membawa barangan berat.

BACA: NOSTALGIA LAMPU POP-UP 90-AN

BACA: MASIHKAH ANDA INGAT DENGAN CAMEL TROPHY

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button