PENCURI PENGUBAH PEMANGKIN PANDU LAMBORGHINI URUS – BERGAYA BETUL KAU TOQ
Korang ada berkawan dengan pencuri tak? Kereta apa yang biasa diorang pakai? Kereta lama? Kereta loan sembilan tahun? Atau mungkin van macam peniaga pasar malam? Kalau ikut logik akal pencuri mesti akan pandu kereta yang kurang menarik perhatian. Mana boleh bawak kereta yang berkilat-kilat dengan warna yang merah menyala atau kuning merelip sewaktu bertugas.
Tapi itu mungkin trend pencuri dulu-dulu kot. Terbaru sekumpulan pencuri yang bergerak mencuri pengubah pemangkin di Torrance, California mungkin mahu lari dari tradisi pencuri. Jadi mereka memilih untuk bergerak dengan menggunakan sebuah Lamborghini Urus berwarna kuning. Tu dia, pencuri pun nak melaram mengalahkan bintang rap terkenal.
Mereka dikesan dalam satu rakaman CCTV yang diperolehi oleh Jabatan Polis Torrance. Video tersebut memaparkan 4 orang lelaki yang menaiki sebuah Lamborghini Urus berwarna kuning berhenti di sebelah sebuah van. Sasaran mereka semestinya ia pengubah pemangkin yang merupakan antara komponen kenderaan paling panas di AS.
Menurut pihak polis kejadian tersebut berlaku pada 9 November lalu di 184th Street sekitar jam 4.00 pagi. CCTV tersebut merakam empat orang saspek lelaki sedang mencuri pengubah pemangkin sebuah van berwarna putih dengan seorang daripada mereka bertindak sebagai peninjau.
Sayangnya rakaman tersebut gagal menunjukkan nombor pendaftaran Lambo Urus tersebut dan petunjuk yang ada cumalah deskripsi Urus berwarna kuning dengan rim berwarna hitam. Ek, bukan majoriti Urus kuning memang pakai rim gelap ke? Kecuali kalau kau ni memang kaki bling-bling.
Ini bukan kali pertama pencuri pengubah pemangkin dirakam dalam kamera kerana kejadian seperti ini sering berlaku di AS. Sebelum ini dilaporkan seramai 21 ahli sindiket kecurian pengubah pemangkin berjaya ditangkap di sekitar lima negeri di sana dengan nilai rampasan melebihi USD545J (RM2.5B lebih kurang). Gila ah.
Rupanya kat sana penyamun yang pakai kereta macam ni eh. Kalau kat sini founder kosmetik timbang kati bimbo yang pakai untuk buat content merapu. Sabar je lah.