" "
Buletin

SPORTBIKE THAILAND, GPX DEMON GR200R MASUK PASARAN JEPUN

GPX merupakan jenama motosikal yang berasal dari Thailand, dan jenama ini sangat popular disebabkan rekaan bergaya serta harga yang mampu milik.

Jenama itu kini meluaskan pengaruhnya ke pasaran Jepun dengan membawakan sportbike aras mula Demon GR200R.

Ia didatangkan dengan nadi silinder tunggal 198 cc sejukan cecair yang mampu menjana kuasa setinggi 19 hp dan 17.6 Nm, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.

Sportbike ini menggunakan kerangka keluli trellis, fork hadapan jenis terbalik, penyerap hentak tunggal YSS dengan larasan pra-muatan tujuh tahap, serta sistem brek cakera depan dan belakang.

Model ini telah mendapat kemaskini seperti rekaan grafik yang lebih sporti, sistem lampu LED penuh, serta tidak ketinggalan skrin paparan TFT berwarna penuh.

Harga jualan GPX Demon GR200R bermula dari 539,000 yen (RM17,460).

Google ads
Back to top button