" "
BuletinMotosikal

MOTOGP USA: HAFIZH BERMULA DI PETAK 16. MARQUEZ GRID PERTAMA TAPI DIDENDA 3 PETAK

Pusingan kelayakan MotoGP baru berakhir tadi dengan kedudukan grid. Seperti yang dijangka ramai, Marquez mendahului pelumba lain di tempat kedua dengan catatan pusingan 2′ 3.658. 0.406 saat, lebih pantas berbanding Maverick Vinales dari pasukan Yamaha.

Namun posisi itu hanya bertahan selama tiga jam sahaja apabila satu siasatan dilakukan selepas ujian kelayakan tadi. 

Dan keputusannya ialah, Marc Marquez didapati bersalah kerana melakukan halangan terhadap Vinales. Beliau dikenakan penalti turun tiga petak dan hanya akan bermula di grid ke empat.

Apa yang berlaku?

Pada pusingan kelayakan tadi, Marquez dikatakan telah sengaja menghalang laluan Vinales pada selekoh ke-15. Beliau dikatakan sengaja menunggang dengan perlahan, di atas garisan perlumbaan tanpa memberi laluan kepada Vinales.

Vinales yang kecewa telah memprotes dengan tidak meneruskan perlumbaan.

BACA: LITAR USA NI TERUK GILA! – ROSSI

Pun begitu, Litar Austin ini ialah litar yang digemari Marquez. Beliau masih mengekalkan rekod catatannya dengan kedudukan posisi pole ke-46 dalam karier MotoGP.

Di litar ini juga beliau telah memulakan petak pertama sebanyak enam kali. Rekod yang sukar digugat oleh mana-mana pelumba lain.

Hafiz di petak ke-16

Pelumba harapan negara, Hafizh Syahrin akan bermula di petak ke-16. Satu pencapaian yang agak baik berbanding prestasi sewaktu ujian kelayakan di Argentina.

Hafizh membuat catatan terbaik 2’05.873 sementara rakan sepasukannya Zarco akan bermula di petak keempat.

Awal pagi nanti, pusingan perlumbaan MotoGP akan berlangsung dan marilah sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Pescao55.

Jangan lupa juga menonton jagoan negara Khairul Idham Pawi dan Zulfahmi Khairuddin dalam Moto2 dan Adam Norrodin dalam Moto3.

Mari kita sama-sama berjaga pagi ni dan kita tengok punch card siapa yang merah esok!

Google ads
Back to top button