Artikel PilihanMotosikal

SUPERBIKE LAGENDA – SUZUKI GSX-R750 (1985-86)

Sekarang pasaran superbike mungkin terpecah kepada beberapa bahagian. Ada jenama dari Jepun, ada dari Eropah dan ada juga pecahan kecil dari benua dan negara berbeza. Sekitar tahun 80-an dahulu Suzuki telah mencipta sejarah dengan penghasilan sebuah superbike yang revolusionari. Suzuki GSX-R750. Rupa paras klasik, masih ringan berdasarkan standar sekarang dan sarat dengan warisan perlumbaan. Apa lagi korang nak?

Kalau dapat unit yang masih dalam keadaan baik, korang akan dapat teliti sendiri kenapa ia menjadi model penting yang merubah senario dunia superbike.

Ceritanya macam ni. Sekitar awal 80-an, seorang jurutera bernama Etsuo Yokouchi bekerja di bahagian pembangunan enjin Suzuki dan diarahkan supaya membina sebuah motosikal sports 750 generasi baharu dari sifar. Ia mesti hebat dan mampu menewaskan semua lawan bukan hanya di jalan raya tapi juga di litar perlumbaan.

Generasi lama mesti tahun yang motosikal sport awal 80-an adalah sangat berat dan kurang stabil. Saingan kategori adalah anda dua seteru utama, Honda dan Kawasaki. Honda bermula dengan CB750 68bhp sebelum diatasi oleh Kawasaki dengan Z1 900cc pada tahun 1973 dengan 81bhp kuasa.

Menjelang 1978, peminat Suzuki boleh berbanga dengan superbike kebanggaan mereka, GS1000 90 bhp. Ia memang sebuah jentera yang hebat tapi masih dikira generasi lama dari segi rekaan dan kawalan. Kelas 750 adalah sasaran Suzuki kerana mereka bercadang menggegarkan dunia perlumbaan.

Satu pendekatan baharu perlu dilakukan. Kuasa maksima memang penting tapi aspek lain turut perlu diambil kira. Ia bukan persaingan gusti ataupun tinju yang berdasarkan berat badan dan kuasa. Perkembang dunia perlumbaan memerlukan jentera yang ringan sama seperti yang dilakukan oleh Colin Chapman dalam perlumbaan F1.

Yokouchi juga merupakan seorang pelumba secara sambilan dan sangat teruja dengan cabaran baharu ini. Begitu juga dengan rakan-rakan sejawat beliau yang juga kaki lumba dan sangat berminat untuk membangunkan motosikal sport generasi baharu ini. Maklumlah masa tu diorang berlumba menggunakan GSX750 yang berat dan kurang power.

Yokouchi mengarahkan pasukan beliau menghasilkan sebuah enjin 750 yang mampu menghasilkan 100bhp kuasa dan mampu membuat pecutan sehingga 235 km/j! Nampak tak ada la hebat sangat untuk standard sekarang tapi pada awal pembangunan GSX-R awal tahun 80-an ia adalah hampir mustahil. Para jurutera diberikan kebebasan untuk membuat rombakan dan pengubahsuaian radikal untuk menjimatkan berat.

Untuk langkah pertama Yokouchi dan pasukannya menceraikan satu persatu komponen enjin dan casis GSX750E 1983 dan menandakan setiap satu dengan titik warna merah dan biru. Warna merah untuk bahagian yang selalu rosak dan warna biru untuk komponen tahan lama dan hampir tidak pernah gagal.

Analisa akhir menunjukkan lebih banyak komponen yang berwarna biru. Bagus untuk reliabiliti dan tidak berapa bagus dari aspek berat. Rancangan baharu diperlukan untuk motosikal baharu nanti.

Model eksperimental awal menunjukkan angka 97bhp untuk GSX750 baharu ini, angka tertinggi pernah dicapai bagi kapasiti tersebut tetapi masih di belakang sasaran awal Yokouchi. Ujian dyno peringkat awal menjahamkan terus palam pencucuh dan menyebabkan injap bengkok. Ye lah benda baharu nak jadi kan?

Enjin yang lebih baharu dan boleh diharap kemudian berjaya dihasilkan dengan karburator 29mm flat-side, beberapa komponen magnesium dan lahirlah enjin dengan kuasa yang mampu menghamburkan lebih 100bhp kuasa. Semua komponen enjin dioptimakan bukan hanya untuk mengurangkan berat tetapi juga untuk ketahanan. Ia juga berjaya melepasi ujian dyno selama 24 jam mencecah garisan merah rpm sepanjang masa tanpa gagal. Untuk spesifikasi perlumbaan ia mampu mencecah 130bhp kuasa.

Kawalan suhu adalah cabaran utama kerana kebanyakan enjin pada zaman tersebut masih mengguankan sejukan udara. Sistem sejukan cecair memang lebih baik tapi akan menyumbang kepada peningkatan berat hampir 10 peratus.

Penyelesaiannya adalah gabungan sejukan udara dan minyak. Bahagian atas enjin disejukkan oleh sistem oil cooling dan bahagian lain kekal dengan sejukan udara. Mereka menamakannya SACS ataupun Suzuki Advanced Cooling System. SACS menawarkan kelebihan yang sama seperti sejukan cecair berasaskan air tetapi dengan berat yang lebih ringan.

Sistem kerangka tiub asal seberat 18 kilogram digantikan dengan kerangka berkotak baharu yang hanya seberat 8 kilogram. Banyak jimat tu dan titik kimpalan juga diminimakan. Boleh angkat sebelah tangan je ni.

Tangki minyak diletakkan terus di atas casis dan bukannya tergantung seperti kebanyakan model lain. Fairing dan tempat duduk bebas dari segala lekukan yang tidak perlu.

Gelaran ‘Racer on the road’ bukan sekadar gelaran. Meter-meter utama dilindungi foam supaya bebas gegaran, fork 41mm diperkuatkan, penutup minyak dengan fungsi flip dan rim bersaiz 18 inci sangat memudahkan untuk perlumbaan endurance. Motosikal jalanan lain kebanyakannya menggunakan rim bersaiz 17 inci.

Jentera JDM sebarat 179 kg adalah 20 peratus lebih ringan daripada jentera 750cc semasa lain. Ia mula diperkenalkan kepada umum pada Cologne Bike Show 1985 dan terus memberi impak besar pada peminat superbike. Ia cukup laju, tangkas dan responsif.

Buktinya pada perlumbaan Le Mans 24 jam ia merangkul kejuaraan di tempat pertama dan kedua pada tahun pertama penyertaan. Power weh.

Setahun selepas diperkenalkan, Suzuki membuat penambahbaikan dengan memanjangkan lengan ayun sebanyak satu inci untuk mengurangkan buaian. Ia juga dilakukan dalam pengeluaran GSX-R1100J 1986. Sebuah lagi model R yang menjadi fenomena.

Kredit visordown.com

Google ads
"
"
Back to top button