" "
Buletin

MALAYSIA AUTOSHOW 2023: SUZUKI V-STROM 1050DE – 106HP, TEKNOLOGI SIRS, BERMULA RM88K

Suzuki Malaysia baru-baru ini melancarkan model ikonik V-STROM iaitu V-STROM 1050DE baharu yang mengetengahkan gaya tunggangan selesa dan selamat.

Dari segi reka bentuk, ia tampil dengan gaya ala Suzuki DR-Z, sekaligus mengekalkan DNA model off-road Suzuki yang agresif serta canggih.

Jentera baharu itu dilengkapi lampu LED untuk bahagian hadapan, sementara bahagian belakang pula disertakan dengan lampu brek dan lampu isyarat LED.

Ia diserlahkan lagi melalui rim aloi aluminium 21-inci (hadapan) dan 17-inci (belakang). Rim berkenaan dibalut dengan tayar Dunlop Trailmax Mixtour.

Moosikal adventure itu juga dipasang dengan cermin depan 50mm berwarna gelap yang direka untuk memaksimumkan keselesaan ketika menunggang.

Ekslusif untuk pasaran Malaysia, V-STROM 1050DE didatangkan dengan tempat duduk lebih rendah iaitu 850mm, 30mm lebih rendah berbanding ketinggian standard 880mm.

V-STROM 1050DE menerima LCD TFT bersaiz 5-inci yang berfungsi memaparkan speedometer, tachometer, jarak tunggangan, tetapan kawalan jelajah, cruise control resume speed, Hill hold control , odometer, dual trip meter, kedudukan gear, suhu air, suhu sekeliling, Freeze indicator, indikator rpm enjin, penggunaan purata bahan api, penggunaan semasa bahan api, SDMS mode, jam, mode ABS, ABS rear off, Traction control, Quick Shift (on/off), takat bahan api, voltmeter dan service reminder.

Selain itu, tachometer berfungsi sebagai penunjuk rpm yang boleh diprogramkan dan skrin LCD akan memaparkan amaran secara pop-up.

Tetapan lain termasuklah penukaran manual atau automatik untuk mod paparan siang (putih) dan malam (hitam) bagi membolehkan penunggang mudah untuk melihat paparan.

Aksesori standard yang ada pada model itu termasuklah port pengecas USB, soket DC 12V dan pelindung enjin.

V-STROM 1050DE didatangkan bersama teknologi baharu seperti Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S). Ia merangkumi sistem Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), Cruise Control System, Bi-directional Quick Shift System, Ride-by-Wire Electronic Throttle System, Traction Control System dan Easy Start System.

Menurut Suzuki, kedua-dua mod Gravel dalam Traction Control serta Rear ABS Off-mode adalah untuk meningkatkan kebolehkawalan di atas pelbagai keadaan jalan.

Dari segi kuasa, V-STROM 1050DE dipacu oleh V-twin 1037cc berkuasa 106hp, tork 100Nm dan dibekalkan dengan tangki minyak berkapasiti 20 liter.

Sistem brek pula terdiri daripada 4-piston Tokico yang.dipadankan bersama dwi-cakera 310mm, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) serta Combination Brake System.

V-STROM 1050DE hanya tersedia di pasaran bermula 15 Mei 2023 dan boleh dimiliki pada harga RM88,800 seunit dengan pilihan dua warna Champion Yellow/Metallic Mat Sword atau Glass Sparkle Black/Metallic Mat Black.

Suzuki juga menawarkan waranti penuh selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana tiba dahulu).

GALERI:

Google ads
Back to top button