Buletin

SUZUKI GSX-8S 2023, ENJIN 776CC BERKEMBAR SELARI, REKA BENTUK BOLEH TAHAN!

Suzuki memperkenalkan motosikal naked streetfighter baharu dengan nama ringkas GSX-8S dan bakal menemui pelanggan dir Eropah pada musim luruh depan (Mac hingga Jun 2023). 

Motosikal itu dibekalkan enjin selari berkembar baharu bersesesaran 776 cc dengan empat injap untuk setiap silinder.

Enjin DOHC GSX-8S mempunyai engkol 270 darjah untuk menghantar daya kilas yang berkuasa dan secara keseluruhannya menghasilkan 81.8 kuasa kuda (hp) pada 8,500 rpm dan tork 78Nm pada 6,800 rpm.

Satu lagi komponen yang dipasang ialah Suzuki Cross Balancer yang bertanggung jawab untuk mengurangkan gegaran.

Rekaan mufler pendek yang keluar dari kanan nampak janggal namun masih kena dengan tema motosikal togel atau naked streetfighter. 

Secara keseluruhan, rekaan GSX-8S nampak ringkas dan minimalis dengan perumah lampu depan dan panel tepi dibuat sekadarnya.

Perumah lampu saiz kompak tersebut mempunyai dua lampu LED yang disusun bertingkat dan lampu nyalaan silang (DRL) LED pada kanan dan kiri.

Membuatkan GSX-8S nampak agresif ialah segala ‘urat’ dan ‘otot’  yang terdedah termasuk subkerangka belakang jenis bolt-on dengan kerangka utama diperbuat daripada besi.

Lengan ayun belakang diperbuat daripada besi dan dipadan bersama penyerap hentak KYB. Menghentikan GSX-8S ialah dua brek cakera depan saiz 310 milimeter (mm) dan 240 mm di belakang.

Sistem elektronik GSX-8S merangkumi tiga mod kawalan cengkaman dan boleh dipadam jika tidak diperlukan dan pendikit dihubungkan dengan sistem ride-by-wire.

Turut dilengkapi tiga mod pemetaan enjin, penukar gear cepat dua arah, Sistem Penghidup Mudah dan bantuan rpm rendah.

Maklumat motosikal dipaparkan pada skrin TFT berwarna saiz lima inci dengan maklumat seperti kelajuan, gear, putaran enjin, jam, jarak tunggangan dan dua meter perjalanan.

Suzuki GSX-8S ditawarkan dalam tiga warna iaitu Pearl Cosmic Blue dan Pearl Tech White dengan kombinasi biru lembut untuk subkerangka dan rim.

Satu lagi pilihan warna ialah Sparkle Black yang menampilkan imej serba hitam dan nampak jahat!

BACA: SUZUKI BURGMAN STREET 125EX, MODEL BURGMAN TERKECIL!

BACA: SUZUKI CARRY – INILAH DIA RAJA PIKAP DI INDONESIA

BACA: SUZUKI XL7, XL ALPHA FF, ERTIGA & ERTIGA SUZUKI SPORT – BENDA YANG SAMA TAPI BERBEZA SEGMEN (DAH TENTU HARGA JUGA)

Google ads
Back to top button