Buletin

SUZUKI LANCAR SWIFT DI PASARAN JEPUN

Suzuki Motor Corporation hari ini melancarkan Swift serba baharu dan bakal mula dijual di pasaran Jepun pada 4 Januari 2017.

Sedia maklum bahawa Swift merupakan model kompak utama Suzuki. Sejak dilancarkan pada tahun 2004, lebih 5.3 juta unit telah terjual di seluruh dunia. Jentera itu dikenali kerana memiliki gayaan tersendiri yang sporty.

suzuki-swift-japan-2017-mekanika-3

Prestasi pengendalian Swift dipertingkatkan lagi menerusi penggunaan platform generasi baru, HEARTECT yang ringan dan kukuh. Malah, ia dikatakan 120kg lebih ringan berbanding model terdahulu, bergantung kepada varian.

Sementara aplikasi teknologi hibrid Smart Hybrid Vehicle by Suzuki (SHVS) pada enjin 1.2 liter DUALJET membolehkan penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan. Suzuki mendakwa Swift mampu mencatat penjimatan sehingga 27.4 ki,ometer bagi setiap liter petrol untuk varian hibridnya.

suzuki-swift-japan-2017-mekanika-2

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Swift hadir dalam enam varian iaitu Hybrid RS, RSt, RS, Hybrid ML, XL dan XG. Model RS digerak menggunakan enjin turbo pancitan terus 1.0L BOOSTERJET yang dipadankan bersama kotak gear automatik enam kelajuan.

BACA: SUZUKI SWIFT 2017 РPROTON TAK MAU REBADGE YANG INI? 

BACA: SUZUKI SWIFT SPORT 

Pakej keselamatan tambahan ditawarkan untuk semua varian kecuali XG. Antara sistem yang dipasang ialah Dual Sensor Brake Support (DSBS). Sistem yang terdiri daripada sebuah kamera monokular, alat pengesan lazer dan bantuan lampu tinggi itu berfungsi membantu mengelakkan kemalangan.

suzuki-swift-japan-2017-mekanika-2

Satu lagi ciri ialah Adaptive Cruise Control (ACC) yang mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapannya.

Swift ditawarkan pada harga bermula 1.3 juta yen (RM51,000) hingga 1.8 juta Yen (RM70,500) seunit. Suzuki mensasarkan untuk menjual 3,000 unit model tersebut di Jepun.

suzuki-swift-japan-2017-mekanika-1

Suzuki dijangka memperkenalkan Swift ke pasaran lain mulai tahun depan. Ia juga bakal dipamerkan di acara Geneva Motor Show 2017, Mac depan. Berdasarkan kepada perkembangan jenama Suzuki di Malaysia, harapan untuk melihat Swift dijual secara rasmi di sini memang tipis.

Google ads
Back to top button