Buletin

KIA DEDAH LAKARAN PICANTO GENERASI KETIGA

Kia Motors baru-baru ini mendedahkan reka bentuk lebih terperinci model kompaknya, Picanto.

Sudah memasuki generasi ketiga, Picanto merupakan antara model terlaris Kia di pasaran global. Picanto baharu dilihat mengetengahkan reka bentuk yang lebih segar dan energetik pada bahagian luaran serta dalaman.

3rd-generation-kia-picanto-mekanika-2

Apa yang pasti, Picanto kini hadir dengan garis badan yang lebih maskulin. Selain palet warna yang semakin menarik. Penampilannya diserlahkan lagi menerusi kemasan berwarna merah dan arca roda yang baru.

Pada ruang kabin, Picanto hadir bersama pelbagai teknologi untuk kemudahan pengguna. Di samping pakej yang lebih pintar dan efisien.

3rd-generation-kia-picanto-mekanika-3

Mula diperkenalkan pada tahun 2011, Picanto dikuasakan oleh enjin bersesaran 1.0 dan 1.2 liter, bergantung kepada pasaran. Model kompak ini bakal didedahkan sepenuhnya pada tahun depan.

Google ads
Back to top button