
SUZUKI MALAYSIA KONGSI ‘TEASER’ AVENIS, BURGMAN 125
Suzuki Malaysia dijangka akan memperkenalkan skuter kompak terbaru, Avenis 125 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.
Suzuki Malaysia dalam hantaran terbaru di media sosial memuat naik satu gambar yang memaparkan ayat ‘The Urban Arrow’ berserta kapsyen, “setelah 20 tahun, akhirnya model ‘trending’ Suzuki akan tiba tidak lama lagi’.

Walaupun tidak dinyatakan model apa yang dimaksudkan namun berdasarkan slogan ‘The Urban Arrow’, kami menjangkakan model tersebut merujuk kepada skuter kompak, Avenis 125 yang pernah ditayangkan di Kuala Lumpur Bike Show (KLBS’23) tahun lalu.
Ketibaan model itu sudah pun dijangka kerana Suzuki Malaysia sendiri mendedahkan bakal melancarkan skuter tersebut pada tahun ini sebagai model pemasangan tempatan (CKD).

Menariknya, kami juga diberitahu ketika itu bahawa Avenis 125 akan dipasarkan pada harga jualan sekitar RM7 ribu. Harga jualan itu secara tak langsung menempatkan Avenis 125 sebagai pesaing kepada Yamaha Ego Gear dan Honda Vario 125.
Untuk rekod, Suzuki Avenis 125 dikuasakan enjin satu silinder 124cc dengan sistem penyejukan udara yang berupaya menghasilkan 8.5hp pada 6,750rpm dan 10Nm pada 5,500rpm. Sistem transmisi pula menempatkan kotak gear jenis CVT.

Selain itu, kami juga menjangkakan Suzuki Malaysia akan turut memperkenalkan Burgman 125 bersama-sama Avenis 125.
Apa pun, nantikan pengumuman rasmi mengenai pelancaran Avenis 125 ini tidak lama lagi.