Artikel Pilihan

SUZUKI SWIFT SPORTS PULA MUNCUL DENGAN FINAL EDITION – EDISI AKHIR ZC33S

Pengeluaran Swift Sports ZC33S kini sudah memasuki pusingan terakhir. Sebagai melabuhkan tirai, Suzuki melancarkan Swift Sports Final Edition dengan beberapa sentuhan istimewa khusus untuk pasaran Jepun sahaja.

Swift Sport ZC33S Final Edition memang berbeza dari model standard dengan gril berwarna hitam berkilat, rim aloi 17 inci berwarna hitam, angkup brek merah, emblem sport juga berwarna merah dan hitam di bahagian belakang dan corak hiasan istimewa pada bahagian pillar-C.

Pada bahagian dalam pula terdapat kemasan aluminium pada papan pemuka, panel pintu dan bahagian konsol tengah. Sentuhan lain ia tulisan “Sport” pada bahagian penumpang hadapan dan “ZC33S powered by Suzuki” berhampiran tombol gear.

Final Edition masih mengekalkan tempat duduk bucket Swift Sports, pedal-pedal aluminium dan jahitan benang merah sebagai rencah tambahan agar kelihatan lebih sporty.

Untuk mereka yang mempunyai bajet yang lebih dan ingin menambah perisa, Suzuki menawarkan pelbagai aksesori pilihan untuk Final Edition. Ini termasuklah kit badan untuk aerodinamik, pelekat decal istimewa, pelindung lampu utama, penutup tangki minyak khas dan macam-macam lagi. Macam kedai aksesori Ah Beng la pulak.

Lambaian akhir Swift Sports ini bagaimanapun tidak melibatkan sebarang pertambahan kuasa. Ia masih menggunakan enjin 1.4 liter yang sama dengan 138 hp kuasa maksima. Ia sebenarnya sudah mencukupi untuk sebuah kereta bandar seberat 970 kg. kuasa dihantar ke tayar hadapan menerusi kotak gear manual enam kelajuan ataupun enam kelajuan automatik.

Ia akan diproduksikan dari Mac hingga November 2025 jadi cepat-cepat la kumpul duit. Pengeluaran Swift Sport bakal dihentikan menjelang Februari 2025 namun ia masih akan dijual bersama dengan Final Edition sehinggalah penghabisan stok.

Google ads
Back to top button