Buletin

BARISAN PEMANDU M-SPORT FORD DIUMUM – GREGOIRE MUNSTER DAN JOSH McERLEAN SAHIH PANDU FORD PUMA RALLY1 MUSIM WRC 2025

Akhirnya pasukan M-Sport Ford, pasukan terakhir dan pasukan yang paling kecil dari segi operasinya dalam senarai pasukan yang beraksi FIA World Rally Championship (WRC) telah mengumumkan dua barisan pemandu yang akan menggalas tugas pemandu untuk jentera Ford Puma Rally1.

Seperti diduga pemandu Grégoire Munster telah dipilih sekali lagi untuk kekal memandu semusim penuh lagi bagi musim WRC 2025 setelah beliau beraksi buat kali pertama untuk musim penuh tahun ini.

Pemandu muda kelahiran Luxembourg itu akan sekali lagi beraksi bersama M-Sport Ford bersama Juruarah Louis Louka dari Belgium. Pastinya M-Sport Ford mengharapkan Grégoire Munster untuk beraksi sebagai pemandu utama susulan pasukan yang berpangkalan di UK itu telah kehilangan Adrien Fourmaux pada penghujung musim ini yang berhijrah ke pasukan Hyundai Motorsport.

Persembahan Grégoire Munster musim ini juga boleh dipuji apabila berjaya meraih trio keputusan lima teratas tahun ini, dengan peringkat tiga teratas dalam keadaan berkabus di Rally Chile Bío Bio sekali gus menunjukkan prestasi yang mantap serta potensi yang ada pada pemandu berusia 25 tahun itu.

Untuk tahun hadapan pastinya bebanan dan tekanan yang lebih tinggi dibahu beliau untuk mengutip mata dan podium untuk pasukan.

Sementara itu seorang lagi pemandu muda Josh McErlean yang berasal dari Ireland dinaikkan pangkat untuk mengisi kekosongan satu lagi kerusi pemandu untuk M-Sport Ford bagi menghadapi musim WRC 2025.

Selepas menghabiskan musim penuh dalam kempen WRC2 bersama Juruarah Eoin Treacy pasangan ini akan mengemudi jentera Ford Puma Rally1 bagi kempen WRC 2025 dengan memandu jentera Ford Puma Rally1 bagi mengharungi 14 pusingan perlumbaan di samping Grégoire Munster dan Louis Louka yang terlebih dahulu disahkan untuk bersama M-Sport Ford.

Josh McErlean beraksi agak cemerlang musim ini dengan memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 yang disediakan oleh pasukan Toksport dengan pencapaian terbaik musim ini adalah tempat kedua WRC2 ketika di Vodafone Rally de Portugal. Pasangan ini disokong penuh oleh Motorsport Ireland Rally Academy.

Pastinya kedua pemandu muda Josh McErlean dan Grégoire Munster ini ditagih untuk mempamerkan persembahan cemerlang untuk mengangkat pasukan M-Sport Ford setanding dengan dua lagi pasukan utama

BACA : WRC 2025 – SAMI PAJARI ANTARA BARISAN PEMANDU TOYOTA GAZOO RACING MUSIM WRC 2025

BACA : M-SPORT FORD – SIAPAKAH BARISAN PEMANDU MEREKA MUSIM 2023 NANTI?

Google ads

B K

Back to top button