Artikel Pilihan

TESLA DISAMAN OLEH PEMBELI, PERTIKAIAN BERKENAAN DENGAN CIRI AUTOPILOT DAN CIRI FULL SELF DRIVING

Syarikat automotif paling popular ketika ini iaitu Tesla Incorporated telah disaman paada 14 September lepas oleh sekumpulan pembeli mereka yang berang apabila syarkat pengeluar kereta elektrik itu menyebarkan maklumat palsu dalam bahan pemasaran mereka dan iklan berkenaan ciri Autopilot dan cir juga Full Self Driving

Dalam pertikaian ini, pelanggan Tesla menuduh Tesla Incorporated dan Elon Musk telah mengelirukan maklumat sebenar berkenaan dengan kedua dua ciri tersebut bermula dari tahun 2016 lagi. Namun pada hakikatnya ciri tersebut masih lagi jauh belum sempurna, masih di peringkat kajian lanjut dan menjadikan kenderaan mereka tidak selamat.

Plaintiff iaitu Briggs Matsko mendakwa Tesla dengan sengaja mewujudkan marketing hype bagi menjadikan bakal pembeli teruja dengan ciri tersebut, menarik pelaburan baru, meningkatkan jualan, mengelakkan masalah bankrap dan meningkatkan nilai saham Tesla sehingga Tesla pada hari ini berjaya menjadi pengeluar kereta elektrik paling popular

Proses pendakwaan difailkan di mahkamah persekutuan di San Francisco dengan mengemukakan nilai ganti rugi tapi tidak didedahkan pada umum. Ganti rugi ini akan dibayar kepada pembeli awal Tesla semenjak tahun 2016 bagi kenderaan Tesla yang dilengkapi dengan ciri Autopilot, Enhanced Autopilot atau Full Self Driving

Tesla setakat ini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan media berkenaan dengan kes ini, malah lebih kelakar ia turut membubarkan jabatan perhubungan awam semenjak tahun 2020 lagi. Saman ini merupakan rentetan daripada komplen yang difailkan pada 28 Julai oleh California Department of Motor Vehicle

Sekiranya Tesla kalah dalam saman, lesen operasi mereka di California akan digantung selain perlu membayar gantirugi kepada pembeli. Dalam iklan pemasaran, Tesla mendakwa Autopilot membenarkan kereta buatan mereka mengubah arah, memecut dan membrek dalam lorong pemanduan mereka.

Bagi ciri Full Self Driving pula, kereta Tesla berupaya mematuhi semua isyarat yang dipaparkan pada jalan raya. Namun pada masa sama Tesla menegaskan semua teknologi ini memerlukan pemantauan aktif daripada pemandu dengan tangan mereka wajib memegang roda stering

Dalam kes Matsko, dia telah membayar 5000 USD bagi memasang ciri Enhanced Autopilot pada Tesla Model X tahun 2018 dan menerima kemaskini sistem yang menjadikan dia “seorang pemandu uji Tesla yang tidak bertauliah”.

Selepas naiktaraf, Tesla X beliau pernah mengubah arah kenderaan pada haluan bertentangan, melanggar lampu isyarat berhenti dan gagal mengikuti selekoh biasa jaan raya. Kes ini menarik perhatian NHTSA semenjak tahun 2016 dengan 38 fail siasatan telah dibuat dan melibatkan 9 kes kematian maut.

Google ads
Back to top button