Artikel Pilihan

INILAH 10 SAMAN TRAFIK TERMAHAL DI DUNIA

Anda pernah kena saman sewaktu memandu? Tak kiralah sama ada saman akibat melebihi had yang dibenarkan ataupun memotong di garisan berkembar ataupun memotong kereta peronda polis dengan kelajuan cahaya.

Bagi kaki kereta macam kami, saman ni dah macam pizza, sebulan sekali mesti kena. Di negara kita ni masih OK lagi sebab jumlah saman maksima ialah RM300. Saman kecil-kecilan macam tak pakai tali pinggang keledar ataupun salah parking baru RM100.

Itu pun kadang-kadang boleh nego lagi. Ini pula cerita saman-saman termahal dunia, dengan gaji purata macam di Malaysia ni memang arwah la nak membayarnya.

Berikut adalah nilai saman tertinggi yang pernah direkodkan di seluruh dunia.

10. RM12,500 KHUSUS UNTUK PENDUDUK VIRGINIA

speed limit

Virginia, sebuah negeri di Amerika Syarikat memang cukup popular dengan lagu Evergreen Country Road, Take Me Home, tetapi pada pertengahan tahun 2000, mereka juga mencipta sejarah bila memperkenalkan saman USD3000 kepada mana-mana pemandu yang melanggar had laju tempatan.

Tapi nasib baiklah saman tersebut hanya dikenakan kepada warga tempatan Virginia. Orang luar macam Kokdiang atau Cherok Tok Kun dikecualikan.

9. RM19,400 UNTUK PEMANDU BMW DENGAN TELEFON BIMBIT

Samsung-Galaxy-S7-edge-launch-mekanika (3)

Seorang usahawan British telah didenda dengan jumlah tersebut kerana menggunakan telefon bimbit sambil memandu melebihi had laju pada tahun 2007. Usahawan tersebut, Ronald Klos dikatakan memecut BMW beliau pada kelajuan 156 batu sejam sambil bercakap di telefon kapalahangguk dia.

Ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemandu F1 pun di seluruh dunia. BBC menggelarkan beliau sebagai “Pemandu kereta lumba amatur”.

8. RM50,000 UNTUK PENUNGGANG MOTOSIKAL KANADA

Kawasaki-H2R-400kmh-Turkey-mekanika (1)

Pada tahun 2010 seorang penunggang motosikal di Kanada terpaksa membayar sebanyak USD12,000 kepada kerajaan Kanada selepas dikesan memandu dengan kelajuan 164 batu sejam pada zon yang semestinya bukan dengan had 164 batu sejam. Untuk menyelamatkan lesen beliau daripada digantung, penunggang tersebut bersetuju membayar jumlah tersebut kepada kerajaan sebagai kompaun.

7. RM243,000 UNTUK WARGA FINLAND YANG MEMANDU MELEBIHI HAD KELAJUAN

JENTERA LUMBA PORSCHE 911 GT3 RS

Jika anda berangan-angan untuk melancong ataupun menetap di Finland, anda perlu ingat bahawa Finland adalah antara negara yang menetapkan had saman kelajuan trafik berdasarkan pendapatan tahunan.

Dengan kata lain, jangan jadi orang kaya di Finland. Contohnya Reima Kuisla, seorang lelaki warga Finland, beliau telah dikesan memandu dengan kelajuan 65 batu sejam di kawasan yang mempunyai had laju 50 batu sejam. Bukan lebih banyak sangat pun.

Tapi malangnya beliau mempunyai pendapatan tahunan hampir USD7 Juta setahun menjadikan denda yang harus dibayar hampir USD60,000. Best kan?

6. RM432,000 UNTUK HARTAWAN TELEKOMUNIKASI TETAPI NASIB BAIK TERLEPAS

Nokia-Lumia-925-Man-of-Steel

Seorang pengarah syarikat Nokia, Anssi Vanjoki telah menunggang Harley-Davidson beliau untuk bersiar-siar di Helsinki, Finland. Beliau telah dikesan memecut selaju 47 batu sejam di zon 31 batu sejam dan dikenakan saman berjumlah USD103,000 (pada masa itu telefon Nokia memang tengah top).

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyatakan pendapatan tahunan beliau tidaklah sebanyak mana dan saman itu sepatutnya dikurangkan lagi (Ingat, saman trafik di Finland adalah berdasarkan pendapatan tahunan). Beliau menang dalam perbicaraan dan diberikan potongan 95 peratus daripada jumlah tersebut. Nasib baik.

5. RM840,000 SAMAN UNTUK SEBUAH LAMBORGHINI

lamborghini veneno (15)

Seorang pemilik Lambo yang malang di Australia telah menerima saman tersebut apabila kereta beliau dikesan memecut selaju 99 batu sejam di zon 43 batu sejam. Yang best lagi kereta tersebut rupa-rupanya dipandu oleh mekanik beliau.

Kereta tersebut telah disita mengikut undang-undang Australia walaupun ianya kereta ‘pinjam’ sewaktu kesalahan dilakukan. Walaupun pemiliknya mendapat kembali kereta tersebut, jangan harap la beliau akan merekomen mekanik tu pada kawan-kawan beliau.

4. RM910,000 SAMAN UNTUK TAUKE SOSEJ, DI FINLAND LAGI!

kedai sosej

Tahun 2004, juga di Finland, seorang pemuda bernama Jussi Salonoja berusia 27 tahun telah disaman sewaktu memecut kereta beliau dengan kelajuan 50 batu sejam di zon 25 batu sejam. Dengan pendapatan hampir USD7 juta  setahun beliau telah dikenakan saman USD217,000 untuk kesalahan tersebut.

Nasib baiklah beliau merupakan pewaris empayar pembuat sosej terkenal di Finland.

3. RM1.2 JUTA UNTUK SEORANG KAKI PECUT YANG TAK PERNAH SERIK

Ferrari 458 Speciale (6)

Seorang jutawan Switzerland telah dikesan memandu Ferrari merah beliau melebihi kelajuan dibenarkan di sebuah kawasan kampung di Switzerland. Beliau memecut dengan kelajuan 85 batu sejam di zon 50 batu sejam.

Saman tersebut dikenakan kerana pendapatan beliau adalah sekitar USD22.7 juta setahun. Menurut mahkamah,

“Tertuduh telah mengabaikan peraturan-peraturan jalan raya dengan menggunakan kenderaan berkuasa tinggi kerana ketagihan kepada kelajuan”. Beliau juga merupakan seorang pesalah tegar.

2. SAMAN RM4.2 JUTATAHNIAH, ANDA PEMEGANG REKOD TERTINGGI SETAKAT INI!

mercedes slr

Jumlah yang besar dan pada masa yang sama membuktikan walaupun Switzerland adalah sebuah negara berkecuali, mereka cukup anti dengan kaki-kaki pecut.

Seorang pemandu Sweden telah dikesan memandu Mercedes SLR beliau dengan kelajuan 186 batu sejam di Switzerland dan telah dikenakan sama sebanyak €650,000 yang bersamaan dengan USD1 juta! Tahniah!

1. BUGATTI VEYRON BERNILAI RM2.4 JUTA DIRAMPAS

bugatti-veyron-mekanika

Sama seperti kisah Lambo pada kedudukan ke 5, Bugatti Veyron bernilai USD2.4J adalah milik Michel Perridon, pengarah syarikat Trust International BV dan telah disita bila kereta tersebut telah dipandu oleh anaknya yang berusia 20 tahun.

Budak bertuah itu telah dikesan memecut kereta itu dengan kelajuan 100 batu sejam di zon 55 batu sejam sekitar Rotterdam. Lagi best bila Bugatti tersebut merupakan unit yang pertama di bawa masuk ke Holland.

Beliau tidak disaman tetapi kereta Veyron bernilai RM2.4 juta itu telah dirampas oleh pihak berkuasa.

Jumlah yang harus dibayar masih belum diketahui tetapi kalau mampu membayar untuk Bugatti, berapa pendapatan pemiliknya setahun?

MASIH NAK KOMPLEN?

Jadi kalau anda masih rasa saman maksima RM300 tu mahal, bayangkan jika anda disaman ketika sedang memandu Myvi rim 19 inci Rota design ori anda sambil membuat drift di Finland atau pun memecut motor Demak anda secara sideway untuk ke pejabat di Zurich.

Ngeri weh.

BACA:  SELEBRITI KOREA SAMAN TESLA SELEPAS REMPUH RUMAH SENDIRI

BACA: INSANE MODE YANG TAK CUKUP LAJU, TESLA DISAMAN

Google ads
Back to top button