Buletin

CAN-AM LANCAR 2 MODEL MOTOSIKAL ELEKTRIK, ORIGIN DAN CAN-AM PULSE

Can-Am Origin dan Can-Am Pulse ialah dua model pertama dalam portfolio motosikal elektrik Can-Am yang baru diumumkan oleh Bombardier Recreational Products (BRP), syarikat induk pembuat jentera tiga roda Kanada Can-Am.

BRP dilihat cuba untuk mengubah kuasa dinamik dan membuka jalan kepada penunggang generasi baharu dan peminat kenderaan elektrik yang semakin meningkat popular.

“Hari ini, kisah inovasi kami mencapai tahap baharu dengan pendedahan produk elektrik yang membentuk pasaran yang akan meningkatkan pengalaman pengguna di jalan raya.

“Setengah abad yang lalu, Can-Am melakar kemenangan di trek dan denai, dan hari ini, legasi baharu bermula. Dengan Can-Am Origin dan Can-Am Pulse, dua model pertama keluarga 2 roda elektrik, kami bersedia untuk membentuk semula tradisi motosikal kami dengan mencipta pengalaman menunggang yang mendebarkan untuk generasi baharu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BRP, José Boisjoli.

Menghargai kehebatan Can-Am di atas jalan biasa dan off-road, motosikal dwiguna itu dicipta untuk menawarkan keseronokan ketika menunggang di atas apa jua bentuk muka bumi.

Can-Am Pulse pula motosikal yang seimbang dan lasak untuk memberikan pengguna pengalaman menunggang yang lebih menyeronokkan.

Kedua-dua motosikal elektrik tersebut mempunyai gaya kontemporari dan dibina untuk memaparkan teknologi termaju. Kedua-dua jentera berkenaan mudah dikendalikan sama ada oleh penunggang baru atau berpengalaman.

Seperti kebanyakan motosikal elektrik, penunggang hanya perlu memulas pendikit untuk bergerak ke hadapan tanpa perlu menarik klac atau menukar gear. Motosikal elektrik Can-Am juga menyerlahkan operasi yang hampir bebas getaran, bekalan kuasa yang lancar dan tepat walaupun dalam keadaan kelajuan rendah.

Kedua-dua model itu dipacu oleh motor elektrik Rotax E-POWER serba baharu yang menawarkan kelajuan yang sesuai  di lebuh raya.

Sempena memperingati ulang tahun Can-Am yang ke-50, BRP berhasrat untuk mengeluarkan spesifikasi lengkap pada Ogos 2023. Can-Am juga mahu memperkenalkan model baharu menjelang 2024.

GALERI:

Google ads
Back to top button