Motosikal

CAN-AM RYKER 2020 DIPANGGIL SEMULA. TAYAR HADAPAN BERISIKO TERCABUT

Pembuat motosikal tiga roda jenama Vcan-Am, Bombardier Recreational Products (BRP) dan Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsa Amerika Syarikat (NHTSA) kini melakukan recall terhadap model Can-Am Ryker yang dijual pada tahun 2020. 

Panggilan semula itu melibatkan 6,866 unit atau 0.4 peratus  yang dihasilkan di antara 16 Ogos 2019 hingga 27 Mac 2020. 

Dalam perincian mengenai kecacatan pembuatan jentera tersebut, NHTSA menyatakan pemasangan tayar hadapan mungkin tidak dipasang dengan betul oleh pengedar semasa proses pra-penghantaran.

Ia merangkumi aplikasi tekanan dan pemasangan klip kunci berwarna merah yang betul. 

“Dalam situasi tertentu, tayar boleh menjadi longgar dan penunggang berisiko kemalangan,” jelas NHTSA. 

BRP dihubungi oleh NHTSA mengenai masalah itu berikutan berlaku satu kemalangan yang menyebabkan penunggangnya cedera. BRP kemudian membuat siasatan, sebelum mengambil langkah melakukan recall. 

Pengedar akan memeriksa kadar kekemasan tayar hadapan dan memasang semula klip kunci berwarna merah. Segala kos ditanggung oleh BRP.  

Google ads
Back to top button