Buletin

KIA RAY 2023 FACELIFT DIDEDAHKAN DI KOREA SELATAN

Apabila bercakap tentang Kia bersaiz kecil, Picanto akan muncul di fikiran kita. Sebenarnya, di Korea Selatan terdapat juga Ray yang berukuran 3,595mm panjang, 1,595mm lebar dan 1,700mm tinggi. Ia mula dilancarkan pada tahun 2011 dan dikemas kini semula pada tahun 2017. Kini model itu sekali lagi menerima proses facelift dan masih belum beralih ke generasi kedua.

Model kompak itu hadir dengan gril hadapan yang telah direka semula dan lencana korporat yang dikemas kini. Perubahan terbesar yang boleh dilihat adalah lampu hadapan serba baharu yang kini lebih tegak. Di samping sepasang lampu kabus, serta kemasan hitam dan perak pada bahagian bawah bampar.

Sebagai model facelift, Ray masih mengekalkan profil sisi yang sama kecuali rekaan rim aloi baharu. Bahagian belakang menerima beberapa perubahan ketara dengan lampu ditukar sepenuhnya dan trim hitam berkilat yang merentangi pintu belakang.

Anda mungkin tidak dapat melihat secara keseluruhan daripada imej ini, tetapi terdapat pintu gelangsar di sebelah kanan pada Ray 2023.

Bahagian dalaman tidak mengalami sebarang perubahan besar. Satu-satunya ubah suai penting adalah pada instrumen kerana ia kini menampilkan paparan warna 4.2 inci.

Papan pemuka tidak menunjukkan perubahan yang lebih moden berbanding keluaran terbaharu Kia, tetapi itu tidak menjadi masalah kerana Ray adalah mengenai kenderaan mampu milik.

Ray ialah EV pertama Kia yang dilancarkan pada tahun 2011 sebagai alternatif zero e-mission kepada model ICE yang dikuasakan oleh enjin petrol tiga silinder 1.0 liter. Di pasaran domestik, terdapat juga Van Ray satu tempat duduk, selain versi perkhemahan daripada pakar permotoran yang berpangkalan di Incheon, Daon TNT.

Ray hanya ditunjukkan dalam beberapa imej tanpa sebarang spesifikasi teknikal kerana pendedahan penuh akan dilakukan dalam beberapa minggu lagi.

Google ads
Back to top button