Buletin

SEBELUM MEMBELI DAIMLER-MERCEDES, GEELY SEBENARNYA HAMPIR MILIKI BMW

Kumpulan Geely kini merupakan pemegang saham terbesar dalam Daimler. Namun sebelum menguasai lebih 10 peratus dalam firma Jerman itu, Geely sebenarnya telah berbincang dengan satu lagi firma Jerman iaitu BMW.

Seperti yang dilaporkan oleh piegel, menerusi BMW Blog, Geely dan BMW telah berbincang pada 2016 di mana persepakatan cuba diperolehi yang mana Geely berjanji akan membantu akses pemasaran yang lebih baik di pasaran China menerusi hubungan baiknya dengan kerajaan China.

BACA: SIAPAKAH GEELY SEBENARNYA?

Sebagai balasan, Geely mengharapkan kerjasama pembangunan kenderaan elektrik berbanding membeli saham milikan. 

BMW telah menolak tawaran ini.

Sebagaimana yang diketahui, BMW sedang bekerjasama dengan satu lagi syarikat China, Great Wall Motors membangunkan Mini Electric di China. 

Tidak dinyatakan mengapa BMW menolak tawaran tersebut tetapi agak jelas, koloborasi dengan syarikat lebih besar seperti Great Wall memberi kelebihan kepada syarikat luar seperti BMW untuk berkembang di China.

Mini Electric dijangka akan melancarkan kenderaan elektrik pertamanya pada tahun 2019 yang akan diasaskan dari model konsep yang dipamerkan pada pameran Frankfrut tahun lalu.

Sepertimana rangkaian Mini lain, produksi kenderaan EV akan dibina di Oxford, UK dan hanya akan dipindahkan ke China apabila kilang baru dibina di sana.

Dalam beberapa tahun akan datang, kita akan saksikan bahawa syarikat-syarikat China dalam fasa “membeli-belah”. Mereka mensasarkan firma Eropah demi mengembangkan jenama mereka dan mendapatkan teknologi menerusi kerjasama menang-menang antara kedua pihak.

Penguasaan Geely dan Mercedes-Benza memberi isyarat awal bagaimana konglomerat China merangka strategi perniagaan yang lebih kompetitif, terutamanya dalam pelan memasarkan kenderaan mereka ke benua Eropah dan Amerika Syarikat.

Tags
Google ads
Back to top button