Buletin

SELEPAS 9 TAHUN DI PASARAN, VOLVO XC60 SERBA BAHARU DILANCARKAN

Ketika dilancarkan buat pertama kalinya pada 2008, XC60 terpaksa berhadapan dengan nama-nama besar dalam segmen SUV premium saiz sederhana. Volvo menggunakan sepenuhnya kepakaran yang mereka perolehi dari model abang besarnya XC90 dan apa hasilnya?

XC60 jadi antara model Volvo paling berjaya untuk dekad baru. Ia SUV paling laris di Eropah dan di seluruh dunia lebih 1 JUTA UNIT telah dijual. Menurut Hakan Samuelsson, CEO Volvo, XC60 adalah tentang sejarah peribadi Volvo dalam membangunkan SUV serbaguna yang sempurna untuk dunia. Model baru ini adalah langkah hadapan Volvo dalam era automobil antarabangsa.

Menurut Volvo, XC60 ini adalah antara salah satu kenderaan palings elamat pernah mereka bina. Ia sarat dengan teknollogi pintar terkini seperti Steer-Assist yang dintegrasikan bersama City Safety System serta Oncoming Lane Mitigation yang baru.

Mod City Safety ini diperkemaskan lagi dengan kebolehupayaannya mengelak halangan tanpa memberhentikan kereta secara mengejut.

Katakan ketika memandu (dalam julat kelajuan 50km – 100km/j) dan ada kanak-kanak melintas, fungsi ini akan mengaktifkan stereng ke laluan lain bagi mengelak sebarang objek di depan. Ia diintegrasikan juga dengan Oncoming Lane Mitigation system di mana komputer akan mengarahkan stereng balik ke laluan asal bila pemandu berada di laluan trafik bertentangan. Sistem ini hanya diaktifkan pada julat kelajuan 60km hingga 140km/j dan sistem ini merupakan kemaskini terbaru dari sistem Blind Spot Information System.

Model baru ini dilengkapi dengan enjin pilihan paling tinggi T8 Twin Engine dengan plug-in hybrid. Ia berupaya menghasilkan 407 kuasa kuda dan membolehkan SUV ini memecut  0 to 100 km/j dalam masa 5.3 saat.

Ia juga ditawarkan dengan pilihan enjin disel D4 190 hp atau D5 dengan teknologi PowerPulse 235 hp. Selain itu, enjin T5 petrol masih lagi dibekalkan dengan 254 kuasa kuda dan T6 untuk 320 hp dan 400Nm tork.

BACA: PANDU UJI VOLVO XC60-UNTUK KEHIDUPAN

BACA: VOLVO V40 T5 DENGAN HARGA BARU

 

 

Google ads
Back to top button