
TATA SIERRA BAHARU – APABILA GAYA RETRO DAN MODEN DISATUKAN
Tidak berapa lama dahulu, Tata Motors pernah menghasilkan sebuah SUV yang dihasilkan daripada model trak pikap mereka, Tata Telcoline. Maka terhasillah sebuah SUV Tata Sierra yang mula diproduksi pada tahun 1991 untuk generasi pertama. Dan untuk rekod, inilah dia SUV pertama dari India.
Dengan generasi kedua model Tata Sierra ini mula dikeluarkan pada tahun 1997, model ini dilihat sudah sepatutnya mendapat pengganti yang lebih moden. Kini, sudah tiba detiknya Tata Sierra serba baharu generasi ketiga dihasilkan.

Pandangan mata mungkin ada yang berkata seperti ada persamaan diantara dua generasi sebelumnya dari segi rekaan. Ternyata Tata Sierra serba baharu ini adalah lebih daripada sekadar SUV yang direka semula-ia adalah jambatan antara masa lalu, sekarang dan masa depan.
Ianya ibarat simbol keupayaan Tata Motors untuk menghasilkan kenderaan yang bergema secara emosi sambil menolak sempadan inovasi. Ia adalah pernyataan gaya hidup yang berani yang merangkumi fungsi aspirasi, reka bentuk moden retro ikonik dan prestasi yang tiada banding.

Bertemakan retro moden, Tata Sierra serba baharu ini mengekalkan identiti visual generasi asal Sierra ini tetapi telah diberikan sentuhan moden agar kekal tampil elegan dengan fascia hadapan tampil dengan imej yang berkotak, sama seperti penampilan asalnya.
Rekaan lampu DRL yang nipis memberikan imej yang lebih segar disamping rekaan bahagian tengah tanpa gril radiator tampil dengan rekaan yang lebih kemas dan bersih. Cuma rekaan lampu utama yang diposisikan di bahagian bawah akan memberikan pencahayaan yang lebih terang apabila diperlukan.
Rekaan cermin tunggal yang menjadi identiti asal model Sierra suatu ketika dahulu kini telah dijelmakan semula bagi mengimbau semula imej retro model asalnya.

Ianya telah dijelmakan semula sebagai gabungan dengan kemasan akhir dicat hitam pada garis bumbung dan bumbung matahari panoramik untuk mencipta semula ilusi kaca berterusan. Ia adalah sentuhan moden pada kesan lilitan klasik, memberikan konsep penampilan bumbung terapung sambil memenuhi keperluan hari ini.
Walau pun tiada lagi kenyataan rasmi mengenai trenkuasa, namun adalah dipercayai model SUV ini akan dibekalkan dengan enjin pembakaran dalaman dan juga tenaga elektrik dengan enjin 1.5 liter TGDI dijangka menjadi pilihan yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 170 PS dan 280 Nm.
BACA : TATA HARRIER MADE IN INDIA. INGAT TOYOTA AJA ADA HARRIER?
BACA : TATA TIAGO EV – KERETA ELEKTRIK PALING MURAH, DARI RM48K DI INDIA