Buletin

MERCEDES-BENZ CLA 250+ ELECTRIC 2026 KINI DI MALAYSIA – HARGA MULA RM274K

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-Benz CLA 250+ Electric serba baharu, model elektrik yang membawa teknologi generasi terkini, jarak pemanduan mengagumkan serta pengalaman digital lebih canggih dalam segmen sedan premium kompak.

Model ini menjadi antara produk terpenting jenama itu dalam memperkukuh portfolio kenderaan elektriknya di Malaysia, selain membuka lembaran baharu menerusi penggunaan sistem operasi Mercedes-Benz Operating System (MB.OS) yang dibangunkan secara dalaman.

Dengan rekaan fastback yang aerodinamik, teknologi pengecasan pantas 800 volt dan sistem pacuan baharu, CLA 250+ Electric menawarkan gabungan kecekapan, prestasi serta keselesaan untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh.

Prestasi dan Sistem Pacuan

Mercedes-Benz CLA 250+ Electric

  • Motor elektrik pacuan roda belakang
  • Kuasa maksimum: 272hp
  • Tork maksimum: 335Nm
  • Pecutan 0-100km/j: 6.7 saat
  • Kelajuan maksimum: 210km/j
  • Jarak pemanduan WLTP sehingga 792km
  • Sistem elektrik 800 volt
  • Transmisi dua kelajuan pada gandar belakang
  • Pengecasan pantas DC sehingga 320kW
  • Tambahan jarak sehingga 325km dalam 10 minit pengecasan

Sistem transmisi dua kelajuan yang digunakan merupakan ciri unik dalam segmennya, membantu memberikan pecutan lebih responsif pada kelajuan rendah serta meningkatkan kecekapan ketika memandu di lebuh raya.

CLA 250+ Electric menjadi model pertama Mercedes-Benz yang beroperasi sepenuhnya menggunakan MB.OS. Sistem ini menghubungkan pelbagai fungsi kenderaan melalui seni bina cip-ke-awan (chip-to-cloud), sekali gus membolehkan kemas kini perisian dilakukan secara over-the-air (OTA).

Antara kelebihan utama MB.OS:

  • Kemas kini perisian kenderaan secara OTA
  • Integrasi kecerdasan buatan (AI) daripada Microsoft dan Google
  • Sambungan terus kepada Mercedes-Benz Intelligent Cloud
  • Kawalan sistem infotainmen, keselesaan dan pengecasan secara bersepadu
  • Prestasi perisian lebih pantas dan cekap tenaga

Turut diperkenalkan ialah MBUX Virtual Assistant generasi baharu yang menggunakan ChatGPT, Microsoft Bing Search dan Google Gemini bagi membolehkan interaksi suara lebih semula jadi serta perbualan yang lebih kompleks.

Selain itu,sistem navigasi CLA baharu menggunakan platform Google Maps yang dipadankan dengan teknologi Mercedes-Benz Navigation with Electric Intelligence.

Ciri utama:

  • Perancangan laluan automatik dengan hentian pengecasan
  • Ramalan penggunaan tenaga secara masa nyata
  • Pelarasan laluan berdasarkan trafik semasa
  • Maklumat lokasi dan destinasi lebih terperinci melalui AI Google

Rekaan Luaran

  • Rekaan fastback aerodinamik
  • Gril hadapan bercahaya dengan 142 corak bintang Mercedes-Benz
  • Lampu hadapan MULTIBEAM LED
  • Adaptive Highbeam Assist Plus
  • Pemegang pintu jenis flush
  • Lampu belakang berbentuk bintang dengan jalur pencahayaan penuh
  • Rim aloi AMG 19-inci lima jejari berkembar
  • Pakej AMG Line standard

Dimensi

  • Panjang: 4,723mm
  • Jarak roda: 2,790mm
  • Ruang kaki hadapan bertambah 11mm berbanding model terdahulu
  • Ruang kepala lebih luas untuk penumpang hadapan dan belakang

Buat pertama kali dalam era moden Mercedes-Benz, CLA elektrik dilengkapi ruang simpanan hadapan atau “frunk”.

Kapasiti ruang simpanan:

  • Frunk hadapan: 101 liter
  • But belakang: 405 liter

Turut disertakan bumbung panoramik kaca penuh yang direka untuk meningkatkan pencahayaan kabin serta memberi rasa ruang yang lebih luas.

Kabin Digital Premium

  • MBUX Superscreen terapung
  • Paparan instrumen digital 10.25-inci
  • Skrin tengah 14-inci
  • Skrin penumpang hadapan 14-inci
  • Pengecas telefon pintar tanpa wayar
  • Tempat duduk sport AMG
  • Stereng sport kulit Nappa
  • Upholsteri ARTICO dan MICROCUT
  • Lampu ambien
  • Sistem kawalan iklim automatik THERMOTRONIC
  • KEYLESS-GO

Sistem keselamatan

  • Beg udara tengah (Center Airbag) standard
  • MB.DRIVE Standard
  • MB.DRIVE Parking Assist 360
  • Kamera swafoto dan video terbina dalam
  • VISION CONTROL
  • Pelbagai sistem bantuan pemandu aktif generasi terkini

Bukan itu sahaja, Mercedes-Benz turut memberi penekanan kepada penggunaan bahan lestari dalam pembinaan kabin.

Antara bahan yang digunakan:

  • Fabrik daripada botol PET kitar semula
  • Material MICROCUT daripada 100% bahan kitar semula
  • Karpet berasaskan benang Econyl kitar semula
  • Pilihan kulit tanpa proses penyamakan kromium

Beralih pada harga pula, Mercedes-Benz CLA 250+ Electric ditawarkan pada harga: RM274,888 (atas jalan tanpa insurans, Semenanjung Malaysia). Harga tersebut termasuk jaminan pengeluar selama empat tahun.

Selain CLA 250+ Electric, Mercedes-Benz Malaysia turut membuka tempahan awal untuk Mercedes-Benz GLC Electric serba baharu yang dijangka ditawarkan pada harga antara RM370,000 hingga RM400,000.

GALERI:

Google ads
Back to top button