Buletin

ETCM RECALL NISSAN X-TRAIL 2.0L HYBRID. ENGINE ROOM HARNESS DAN HYBRID POWER LINE MUNGKIN ROSAK

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn. Bhd. (TCEAS) mengumumkan panggilan semula secara sukarela ke atas model Nissan X-Trail 2.0L Hybrid. 

Recall itu dibuat untuk membaiki masalah yang melibatkan engine room harness dan hybrid power line. Hybrid power line dikatakan mungkin rosak akibat gangguan daripada bahagian bucu pendakap modul kawalan enjin atau transmisi. 

Model yang terjejas diproduksi di antara Jun 2018 hingga Mei 2021. Para pelanggan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak TCEAS menerusi surat atau SMS/Whatsapp. Mereka diminta supaya menghbungi cawangan terdekat TCEAS untuk mendapatkan slot temu janji.    

Pelanggan tidak akan dikenakan sebarang caj atas penukaran komponen berkaitan. Maklumat lanjut, sila hubungi talian hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan 1800-88-3838. 

Google ads
Back to top button