Artikel PilihanBuletin

TEKNOLOGI EWHEELDRIVE FORD & SCHAEFFLER

Ford Motor Company dan rakan teknologinya, Schaeffler baru-baru ini mendedahkan demonstrasi sebuah model Fiesta yang dipasang dengan teknologi eWheelDrive. Ia merupakan penyelidikan yang boleh menambah baik aspek mobiliti di kawasan urban dan parkir dengan cara menghasilkan kenderaan lebih kecil serta lincah. 

Dikuasakan oleh motor elektrik bebas pada kedua-dua roda belakang, teknologi eWheelDrive boleh menggantikan enjin konvensional. Justeru, ia mampu menawarkan lebih ruang pada bahagian bawah bonet yang biasanya menempatkan enjin dan transmisi. 

Fiesta-based eWheelDrive car (8)

Dengan motor diletakkan pada roda, komponen-komponen yang diperlukan untuk pemaduan, brek dan bantuan pemandu telah dipasang pada hab pemanduan bersepadu. Ini termasuklah motor elektrik, brek dan sistem penyejukan.

Pada masa depan, teknologi itu dilihat boleh menyokong penghasilan kereta kecil yang mempunyai ruang lebih luas. Sistem stereng eWheelDrive pula direka agar membolehkan kenderaan bergerak secara mengiring untuk masuk ke ruang parkir. Ciri itu dilihat penting kerana kawasan bandar akan menjadi semakin terhad.

eWheelDrive - In-wheel motor (2)

Sistem motor pada roda dilihat oleh ramai pakar industri sebagai teknologi masa depan yang penting.

“Ini merupakan projek yang mengujakan bersama Schaeffler kerana ia berpotensi untuk mencipta opsyen-opsyen bagi pembangunan kenderaan sifar emisi. Menerusi penyelidikan, kami berpeluang mengetahui keupayaan kenderaan dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ketika mengimplementasi teknologi ini,” kata Pengarah Penyelidikan dan Kejuruteraan Termaju Ford, Pim van der Jagt.

[hr]

Galeri

 Fiesta-based eWheelDrive car (1)eWheelDrive - In-wheel motor (1)Fiesta-based eWheelDrive car (2)eWheelDrive - In-wheel Motor (3)Fiesta-based eWheelDrive car (4)Fiesta-based eWheelDrive car (7)Fiesta-based eWheelDrive car (9)Fiesta-based eWheelDrive car (10)Fiesta-based eWheelDrive car (12)Fiesta-based eWheelDrive car (11)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button