Artikel Pilihan

FORD BAKAL SERTAI KEMBALI FORMULA 1. BAGAIMANA PULA DENGAN SUKAN RALI?

Dalam dunia permotoran empat roda, sukan Formula 1 (F1) dianggap sebagai kemuncak bagi segalanya. Prestij yang ada dalam F1 cukup lengkap meliputi liputan tv secara langsung seluruh, limpahan penaja dan juga makwe litar berpayung. Mana – mana pengeluar yang terlibat secara langsung atau tidak dalam sukan F1 ini dianggap cukup bertuah untuk menyertainya. Apatah lagi sukan F1 ini dianggap sebagai sukan yang penuh dengan glamor berbanding sukan sukan permotoran yang ada.

Dan baru baru ini gergasi pengeluar dari Amerika Syarikat, Ford Motor Company telah mengumumkan yang mereka bakal menyertai sukan F1 melalui kerjasama dengan pasukan Redbull. Ford bakal menyertai sukan F1 ini sebagai pembekal enjin pada tahun 2026, serentak dengan penguatkuasaan peraturan enjin baharu bermula pada tahun yang sama.

Pembabitan Ford dalam sukan F1 ini bukanlah baru. Mereka pernah menyertai sukan ini bermula era 60an dengan kerjasama Cosworth ketika itu. Kemenangan pertama Ford dalam sukan F1 ketika itu pada tahun 1968 melalui Graham Hill sehinggalah kepada era pasukan Benetton dan Michael Schumacher pada tahun 1994.

Kali terakhir pembabitan Ford dalam sukan F1 adalah pada tahun 2004. Dan pada tahun 2026 sukan F1 ini bakal menyaksikan beberapa perubahan yang cukup signikan terhadap terhadap enjin dan bahan bakar yang bakal digunakan. Bermula tahun 2026 kelak, semua enjin jentera F1 bakal menggunakan bahan bakar mampan sepenuhnya. Dalam erti kata mudah, bahan bakar yang digunakan tidak mencemarkan langsung udara sama sekali.

Dengan pengumuman Ford yang bakal menyertai semula sukan F1 dalam tempoh beberapa tahun lagi, bagai mana pula komitmen Ford terhadap sukan rali? Adakah khabar ini bakal meresahkan pasukan M-Sport Ford?

Untuk rekod, pembabitan Ford dalam sukan rali juga bukan calang – calang. Selain daripada membangunkan jentera Ford Puma Rally1, mereka juga aktif dalam saingan kelas kedua melalui model Ford Fiesta Rally2. Apatah lagi kerjasama diantara M-Sport dan juga Ford Motor Company telah pun terjalin semenjak dari tahun 2012 lagi.

Keputusan tentang sukan rali masih belum diketahui. Yang pasti, pasukan M-Sport Ford akan terus berjuang dalam sukan rali. Kalau keputusan yang dihasilkan semakin bagus, tiada sebab untuk Ford memutuskan ikatan bersama M-Sport ini kan?

BACA : FORD PUMA RALLY1 2023 DIDEDAHKAN. MAMPUKAH PASUKAN M-SPORT FORD KEMBALI MENYINAR

BACA : SAHIH! SEBASTIAN LOEB MEMBUAT KEMUNCULAN SEMULA WRC BERSAMA M-SPORT FORD

Google ads

B K

Back to top button