Buletin

TEMPAHAN HONDA ACCORD 2020 KINI DIBUKA. ENJIN 1.5L TURBO, HONDA SENSING

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa tempahan model flagship Honda, Accord serba baharu kini sudah dibuka di semua 100 pengedar di seluruh negara. Accord generasi ke-10 akan dilancarkan pada suku pertama 2020.

Sedan segmen D itu diperkenalkan pertama kali pada tahun 1976 sebagai model global kedua Honda. Ia dilancarkan di Malaysia pada tahun 2001 dengan lebih 84,100 unit sudah terjual sehingga sekaarang.  

Accord menaikkan standard sedan segmen D apabil generasi kesembilannya dilancarkan pada tahun 2013. Lebih 32,500 unit berjaya dijual, sekali gus mengekalkan posisinya selaku peneraju pasaran.

Pada tahun 2017, Honda Malaysia memperkenalkan pula Accord dengan ciri Honda SENSING.

“Untuk mengujakan pasaran, Honda Malaysia memperkenalkan Accord serba baharu dengan ciri keselamatan dan teknologi terbaik,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

Accord kini dikuasakan oleh enjin turbo 1.5 liter turbo yang mampu menjana 201PS dan tork maksimum 260Nm. Ia sebenarnya lebih berkuasa berbanding prestasi enjin 2.4 liter. Model ini menjadi sedan segmen D Jepun yang pertama menggunakan enjin turbo bersesaran kecil.

Dari segi rekaan, jentera itu kini tampil dengan reka bentuk sebuah fastback. Bahagian hadapan diserlahkan dengan lampu utama LED dan hud lebih rendah untuk gayaan dinamik.

Bahagian belakang pula dipasang dengan lampu LED, kemasan krom berkembar, selain rim bersaiz 18 inci.  

Aspek keselamatan Accord dipertingkatkan lagi dengan sistem Honda SENSING yang terdiri daripada ciri-ciri berikut:

Bantuan pemandu

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low Speed Follow (LSF)
  • Auto High-Beam (AHB)

Pencegahan pelanggaran hadapan

  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)

Pencegahan pelanggaran sisi

  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)

Selain Honda SENSING, Accord juga dilengkapi Smart Parking Assist System dengan Brake Assist (belakang), kamera 360° dan Honda LaneWatch. Tidak ketinggalan ciri-ciri standard seperti enam beg udara, ABS, EBD, Emergency Stop Signal (ESS), Hill Start Assist (HSA), Vehicle Stability Assist (VSA), kamera undur dan sensor depan belakang.

Honda Malaysia yakin Accord 2020 akan dapat menarik minat golongan professional dan usahawan.   

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.honda.com.my atau hubungi nombor Honda Tol Percuma Honda di talian: 1-800-88-2020

Google ads
Back to top button