AUDI A8 TERBARU DENGAN TEKNOLOGI PARKIR SENDIRI (TANPA PERLU ADA SESIAPA DALAM KERETA)
Kereta sedan flagship premium dari Audi, A8 akan diperkenalkan tak lama lagi. Model semasa A8 sekarang adalah generasi ke tiga yang sudahpun sampai ke penghujung hayatnya. Diperkenalkan pada 2009, A8 sepatutnya diganti selepas lapan tahun dalam produksi.
Apa yang pasti, generasi keempat A8 ini tidak banyak berubah rekaentuk berbanding model sekarang. Tumpuan pembaharuan yang dibuat oleh jurutera Audi adalah mencurahkan sebanyak mungkin teknologi terkini untuk sedan mewah ini. Antara yang menarik perhatian ialah kebolehupayaannya parkir sendiri tanpa bantuan manusia.
BACA: AUDI A4 DILANCARKAN, BERMULA RM218K
Sila tonton video ini untuk lebih jelas. Ini adalah video yang dikeluarkan Audi menunjukkan seorang bapa mendukung anaknya selepas sampai di rumah. Keluar dari kereta dan menekan butang alat kawalan jauh seterusnya kereta tersebut parkir sendiri dalam garaj.
Sebenarnya, ia adalah teknologi sebenar yang emang sudah disediakan untuk model A8 akan datang. Malah bukan itu sahaja, ia juga sudah dilengkapi sistem pandu sendiri Tahap 3 yang membolehkan kenderaan memandu sendiri sehingga kelajuan kira-kira 60km/j.
Watak anak kelihatan memakai kostum Spiderman dan pada penghujung video juga jelas sesuatu akan berlaku serentak bersama filem Spiderman Homecoming. Kereta ini mungkin dilancarkan serentak bersama filem adiwira tersebut.