Buletin

GEELY DAN VOLVO TAK JADI BERGABUNG. TUBUH ENTITI BAHARU UNTUK BANGUNKAN RANGKAIAN KUASA

Geely Automobile dan Volvo Cars mengumumkan bahawa mereka tidak jadi berabung.

Sebaliknya, kedua-dua syarikat itu akan membentuk satu entiti baharu bagi menggabungkan operasi rangkaian kuasa serta meningkatkan kerjasama ke atas pembinaan kereta elektrik. 

Entiti yang dijangka beroperasi pada tahun ini akan menawarkan enjin, sistem transmisi dan hibrid bagi kegunaan Volvo, Geely dan pembuat kenderaan lain. Mereka juga akan fokus kepada pembangunan dan penyumberan teknologi masa depan. 

Ini termasuklah sistem ketersambungan, kenderaan berautonomi, elektrifikasi dan perkongsian kereta. Geely dan Volvo bagaimanapun tidak menyatakan penjimatan yang bakal diperolehi daripada pelbagai kolaborasi tersebut. 

Geely Auto juga akan membentuk kerjasama dengan rangkaian jualan Volvo untuk membantu meningkatkan jualan jenama kenderaan Lynk & Co. Tahun lalu, Geely mencatat jualan 1.32 unit kenderaaan. ManakalaVolvo berjaya menjual 661,713 kereta. 

Presiden Geely, An Conghui menyatakan pihaknya merancang untuk membentuk satu syarikat bebas yang menghasilkan kereta elektrik sepenuhnya. 

Setahun lalu, timbul laporan kedua-dua syarikat berkenaan mahu bergabung. Sekali gus memberi Volvo akses kepada pasaran lebih terbuka.

Langkah itu dilihat wajar untuk mengurangkan kos transisi ke arah penghasilan kereta elektrik, garis panduan emisi yang semakin ketat dan pemanduan berautonomi. 

Google ads
Back to top button