Buletin

“SELAMAT” BUKAN SEKADAR UCAPAN – VOLVO MAHU JADIKAN IA SATU TINDAKAN

Menjelang Aidilfitri, perkataan “Selamat” sering diucapkan tanpa kita benar-benar menghayati maksudnya.

Hakikatnya, ia membawa erti perlindungan dan kesejahteraan, sesuatu yang amat penting ketika musim perayaan yang menyaksikan peningkatan perjalanan di jalan raya.

Menurut data 2024, sebanyak 4,428 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan di Malaysia, dengan golongan berusia 15 hingga 40 tahun antara paling terjejas. Statistik ini menjadi peringatan bahawa keselamatan tidak boleh dipandang ringan.

Sehubungan itu, Volvo Car Malaysia tampil dengan kempen Aidilfitri yang mengajak rakyat Malaysia mentafsir semula makna “Selamat” daripada sekadar ucapan kepada satu tindakan.

Antara fokus utama ialah penggunaan tali pinggang keledar belakang yang masih rendah. Kajian oleh MIROS menunjukkan hanya sekitar 11 peratus penumpang belakang memakainya, walaupun ia diwajibkan.

Kempen ini mengingatkan pengguna jalan raya supaya memastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan.

Raya kali ini, “Selamat” bukan hanya ucapan – tetapi satu tanggungjawab untuk memastikan semua orang tiba dengan selamat.

Google ads
Back to top button