Artikel Pilihan

TESLA CYBERTRUCK DIPANGGIL SEMULA – ADA KOMPONEN TERTANGGAL

Tesla diarah untuk memanggil semula sekitar 46,000 Cybertruck yang dihasilkan pada tahun 2023 dan 2024 selepas siasatan mendapati terdapat komponen yang dipasang pada kenderaan pikap elektrik ini tertanggal dan boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Panggilan semula pada kali ini melibatkan komponen luar yang dipanggil cant rail yang dipasang pada cesi Cybertruck yang dihasilkan darpada stainless steel dan dicantumkan dengan menggunakan bahan perekat

Menurut siasatan NHTSA, komponen tersebut boleh tertanggal daripada cesi Cybertruck selepas perekat yang digunakan hilang daya lekatan. Sekiranya komponen ini tertanggal di atas jalan raya, ia boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan yang serius pada pengguna jalan raya yang lain.

Cybertruck yang terlibat adalah unit yang dihasilkan pada 13 November 2023 sehingga 27 Februari 2025. Pemilik boleh menyedari bahagian akan tanggal disebabkan ia akan meregang keluar dan menghasilkan bunyi ketika dipandu

Tesla akan menggantikan cant rail dengan unit baru, dipasang dengan perekat baru, dan ditambah dengan stud weld dan nut clamp bagi mengetatkan bahagian berkenaan. Malah unit yang dihasilkan pada 21 Mac 2025 turut terjejas dan akan dibaiki semula

Berdasarkan laporan NHTSA, Tesla menyedari isu ini pada bulan Januari 2025, menjumpai rekod pemilik membuat tuntutan kualiti berkenaan komponen berkenaan dan menyiasat laporan berdasarkan hantaran di media sosial serta rekod servis

Rekod panggilan semula ini adalah yang ke 8 selepas Tesla Cybertruc dilancarkan selepas melebihi setahun dengan pelbagai masalah direkodkan bermula daripada kamera tidak berfungsi, inverter rosak, trim badan tercabut dan pedal minyak tersangkut

Google ads
Back to top button