
TOYOTA GR SUPRA FINAL EDITION – MODEL SELAMAT TINGGAL
Toyota Amerika telah melancarkan Toyota GR Supra Final Edition sebagai varian terakhir model ini sebelum ia ditamatkan pengeluaran bagi pasaran Amerika. Diberi nama GR Supra mkV Final Edition, Supra ditawarkan dalam 2 warna iaitu Burnout dan Undercover selain diberikan kemasan pelekat GT4, dan cermin sisi berwarna merah
Bagi pasaran Eropah dan Jepun, Supra menawarkan enjin 3000cc turbo berkembar yang menjana sehingga 429 kuasa kuda. Namun bagi pasaran Amerika, ia hanya menawarkan sekitar 382 kuasa kuda bagi mengawal pelepasan ekzos
Namun paip ekzos yang digunakan ialah Akarapovic dengan aloi titanium, bekas takungan minyak enjin yang diperkuatkan, spring penyerap hentak yang diambil dari kereta lumba GT4. Namun varian Amerika tidak mendapat kusyen Recaro
Toyota juga telah mengubah tetapan kedudukan roda dengan menjadikan camber lebih kepada negatif (terkangkang), bagi memastikan cengkaman maksima dari Tayar Michelin Pilot Super Sport
Malah varian ini juga diberikan sistem elektronik yang mengawal kekerasan penyerap hentak dengan parameter baru dan juga baru anti oleng yang lebih keras. Perubahan lain termasuklah pelapik getah pada sistem suspensi yang lebih keras dan juga under chassis brace yang lebih tegar
Untuk kemasan luar, Toyota Supra ini menerima spoiler ekor itik yang baru, wheel arch yang baru, dan beberapa perubahanpada bahagian belakang untuk meningkatkan aliran udara dan membantu kestabilan dan pengendalian pada halaju tinggi
Sistem brek Brembo juga ditala semula, termasuklah rear differential dan ECU enjin
Toyota Supra Final Edition ini ditawarkan dalam 2 varian samaada transmisi manual 6 kelajuan ataupun automatik 8 kelajuan pada harga permulaan 68,000 USD