Motosikal

SPESIFIKASI DUCATI DESMO450 MX 2026 DIUMUMKAN – 62HP, 53.4NM

Ducati dengan rasminya mengumumkan spesifikasi penuh bagi model serba baharu Desmo450 MX yang akan mula dipasarkan bermula tahun ini. 

Menurut Ducati, Desmo450 MX dikuasakan enjin satu silinder 449.6cc dengan sistem injap desmodromic yang berupaya menjana 62hp pada 9,400rpm dan 53.4Nm pada 11,900rpm. Ducati mendakwa kuasa dihasilkan merupakan petanda aras baharu bagi segmen itu. 

Atas kertas, enjin baharu itu menerapkan ukuran bore dan stroke 96mm x 62.1mm yang dipadankan bersama intake valve (jenis titanium) berukuran 40mm dan exhaust valve 33mm. 

Dalam pada itu, kerangka Desmo450 MX pula jenis perimeter aluminium sekaligus menyumbang kepada berat keseluruhan hanya 104.8kg. Menariknya, kerangka utama Desmo 450 MX ini hanya merangkumi 11 komponen sekaligus hanya separuh daripada yang ditawarkan oleh pesaing lain. 

Pakej suspensi pula terdiri dari fork depan boleh laras sepenuhnya dari Showa dengan diameter 49mm dan menawarkan jarak gerak 310mm. Penyerap hentak belakang juga boleh diselaraskan sepenuhnya dan menawarkan jarak gerak 301mm. 

Brembo pula mengendalikan tugas membrek dengan kaliper dua piston depan dan satu piston di belakang dengan masing-masing dipadankan dengan cakera 260mm depan dan 240mm belakang. 

Selain itu, Desmo450 MX ini juga lengkap dengan pakej elektronik termasuk launch control, engine brake control serta dua mod menunggang (riding mode).

Untuk rekod, Ducati Desmo450 MX ini bukan motosikal road-legal sebaliknya hanya untuk kegunaan off-road ahaja. Pengenalan model ini juga mengesahkan penyertaan Ducati di Kejuaraan Dunia MX. 

GALERI: DUCATI DESMO450 MX 2026

Google ads
Back to top button