Artikel Pilihan

TESLA DISAMAN DI AUSTRALIA. GAGAL TUNAI JANJI…..

Tesla tidak asing dengan tuntutan undang-undang di sluruh diunia dan kini menjadi subjek tuntutan di Australia. Menurut saman baharu di Mahkamah Persekutuan Australia, Tesla Motors Australia telah membuat dakwaan tidak benar berkenaan julat pemanduan kereta elektrik Tesla, dan memberi janji palsu berkenaan ciri pandu sendiri

Pelanggan Tesla di Australi juga melaporkan isu phantom brake (kejadian brek hantu) di mana kereta Tesla dilaporkan membrek dengan tiba tiba walaupun tiada bahaya atau halangan di jalan rata.

Tuntutan terbaru yang melanda untuk masalah yang sama ialah di Jerman apabila pelanggan di sana merasa tertipu dengan Tesla dan memulakan tindakan undang-undang. Minggu lepas, mahkamah Jerman memutuskan bahawa sistem Autopilot Tesla adalah “cacat” dan tidak “sesuai untuk kegunaan biasa” disebabkan masalah brek hantu.

Dalam kes ini, firma undang-undang Australia JGA Saddler menerangkan brek hantu sebagai “fenomena berbahaya yang akan menakutkan pemandu dan penumpang. Ia jua berisiko besar untukmenyebabkan kemalangan, mengakibatkan kecederaan serius dan/atau kematian.

Di samping itu, pengarah JGA Saddler, Rebecca Jancauskas mendapat bukti yang cukup bahawa Tesla menjual ciri Pemanduan Kendiri Sepenuhnya yang telah lama dijanjikan tanpa menunaikan janji yang dibuatnya untuk sistem itu.

Rebecca Jancauskas juga menegaskan bahawa banyak kenderaan Tesla yang dijual di Australia tidak dapat mencapai 75% daripada jarak pemanduan yang diiklankan mereka, dan percaya pembuat kereta itu telah mengetahui tentang kecacatannya selama bertahun-tahun tetapi setakat ini gagal menangani masalah atau membayar sebarang pampasan kepada pemilik.

“Kami berharap melalui pendakwaan ini menekankan kepentingan bagi semua pengeluar EV untuk berlaku jujur ​​dalam pemasaran mereka, menunaikan janji mereka dan memastikan produk mereka selamat dan boleh dipercayai,” kata Jancauskas

Google ads
Back to top button