Buletin

TESLA EDAR 936,172 UNIT EV SEPANJANG 2021

Tahun 2021 mungkin merupakan tahun yang agak mencabar buat kebanyakan pengeluar, namun ia tidak menghalang Tesla daripada terus mencapai angka jualan terbaik bagi tahun tersebut.

Menurut angka rasmi yang dikeluarkan, Tesla telah berjaya mengedarkan kira-kira 936,172 unit kenderaan elektrik sepanjang tempoh tahun 2021, atau kenaikan hampir 90 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2020 (499,647 unit).

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24,964 unit terdiri daripada sedan Model S dan SUV Model X, sementara 911,208 unit lagi terdiri daripada Model 3 dan Model Y.

Sama seperti pengeluar lain, Tesla juga turut terjejas akibat masalah kekurangan cip semikonduktor.

Namun, mereka berjaya meningkatkan angka produksi terima kasih kepada kilang baharu di Shanghai, serta perubahan teknikal terhadap Model 3 dan Model Y yang kini tidak lagi menampilkan penderia radar.

Dalam pada itu, menurut laporan daripada CNBC, Tesla merancang untuk memulakan fasa produksi bagi trak pikap Cybertruck pada tahun 2023, selain membangunkan sebuah lagi model baharu yang diposisikan di bawah Tesla Model 3 denga julat harga bermula sekitar $25,000 (RM104,525).

Google ads
Back to top button