Buletin

SMART EQ FORFOUR SAH TAMAT PRODUKSI

Salah satu kereta elektrik mini yang mampu milik di Eropah kini sudah sah ditamatkan produksinya pada bulan Disember yang lalu, menurut laporan daripada Electrive.

Susulan itu, pengguna juga tidak lagi dibolehkan untuk membeli model smart EQ forfour ini di laman web UK, malah tempahan model ini sudah pun ditutup sejak Ogos lagi.

Dengan penamatan produksi smart EQ forfour, smart mahu menumpukan pehatian kepada model SUV elektrik terbaharu yang dibangunkan bersama Geely dan bakal muncul pada tahun ini.

Generasi kedua smart EQ forfour yang merupakan ‘kembar’ kepada Renault Twingo itu dilancarkan pada tahun 2014 diikuti dengan versi elektrik sepenuhnya diperkenalkan pada tahun 2017 sebelum smart menjadi jenama EV sepenuh masa pada tahun 2019.

Smart EQ forfour dilengkapi dengan motor elektrik berkuasa 80 hp dan 160 Nm, namun pek bateri pula adalah berkapasiti 17.6 kWh yang membenarkan kereta comel ini bergerak sejauh 145 hingga 159 km sahaja.

Google ads
Back to top button