
TESLA GIGAFACTORY TEXAS TERIMA MESIN STAMPING 9000 TON, HASILKAN CYBERTRUCK
Kilang Tesla di Texas sudah bersedia untuk menerima penghantaran satu lagi mesin baru dari syarikat pengeluar Idra Group Italy, iaitu Giga Press 9000 ton yang akan digunakan bagi menghasilkan produk terbaru mereka iaitu Cybertruck
Menurut satu dokumen waybill yang dimuat naik dalam forum Cybetruck Owners Club, 2 konetena dengan berat mencecah 26,700kg telah dihantar ke Houston dari Itali dengan dikategorikan sebagai “die casting machine & parts” dan penerima kontena ini ialah Tesla Inc.
Lain lain dokumen menunjukkan kontena ini mengandungi “machine base,” “tie bars,” dan “fixed platen,” menunjukkan fasiliti Gigafactory Texas sudah bersedia untuk menghasilkan Cybertruck. Apa yang kita boleh teka ialag mesin ini akan digunakan bagi menghasilkan 1 piece component bagi bahagian lantai Cybertruck
Selain dari membekalkan die cast machine untuk Tesla, Idra Group juga bertanggungjawab menghasilkan beberapa mesin yang agak luar biasa kepada Tesla seperti mesin high pressure aluminium injection sehingga 6000 ton bagi menghasilkan komponen lantai model Y dalam 2 komponen sahaja
Dalam satu video yang dibuat oleh Sandy Monreo (bekas jurutera automotif), Sandy mengkritik beberapa kelemahan rekaan yang ada pada model 3. Sebagai contoh platform lantai yang digunakan bagi menghasilkan model 3 menggunakan kaedah monocoque chassis
Cesi ini dibina dengan menggabungkan beberapa kepingan besi, dengan kaedah stamping, dicantum bersama dengan kaedah kimpalan dan juga resin. Tesla menggantikan kaedah ini dengan menggunakan kaedah aluminium high pressure injection dimana hanya 2 komponen sahaja diperlukan bagi menghasilkan komponen lantai belakang Tesla Model Y
Bagi model Y, aluminium akan dicairkan, disuntik masuk dalam die cavity pada suhu 1500 darjah Celcius, dengan bantuan vakum bagi menghapuskan air pocket sewaktu proses pembuatan dilakukan. Tesla begitu yakin dengan kualiti pembuatan mereka sehingga komponen ini tidak memerlukan proses rawatan haba.
Kaedah yang digunakan oleh Tesla menjimatkan proses pembuatan (dari 70 komponen kepada 1 komponen sahaja), mengurangkan kos dan menghasilkan output pengeluaran yang tinggi. Dalam proses yang ditunjukkan dalam video di bawah, Tesla berupaya menghasilkan setiap komponen dalam masa 45 saat sahaja dan maksimum 1000 unit dalam sehari.



