Buletin

RIDER HANTAR BARANG BINGUNG TERPAKSA CARI WANG BAWAH PASU BUNGA

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang penghantar barang berusaha mencari wang bayaran yang ditinggalkan oleh pelanggan di bawah pasu bunga, lapor laman berita Liputan6 semalam.

Tingkah laku penghantar barang yang meniru watak kartun Dora The Explorer itu dipaparkan menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @kurirdlodok.

Pelanggan berkenaan sebelum itu meninggalkan mesej pada sebuah kertas yang mendakwa dia telah menyelitkan wang berjumlah 35,000 rupiah (RM10) di bawah pasu nombor tiga. 

Penghantar barang itu kelihatan keliru kerana terpaksa mencari wang di bawah berpuluh-puluh pasu bunga yang tersusun di atas rak di rumah pelanggan tersebut.

Dia kemudian mula membongkok ke bawah lantai untuk melihat wang di bawah pasu-pasu tersebut. 

Setelah memeriksa beberapa pasu yang disusun di halaman rumah itu, dia akhirnya menemui wang tersebut.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Abang itu bijak, terus dilihat dari bawah. Cuba angkat satu persatu,” komen seorang netizen. – Agensi

Google ads
Back to top button