Buletin

THE PULSE OF ACTION TOYOTA

UMW Toyota Motor pertama kali mendedahkan kepada umum iklan komersial televisyen (TVC) Toyota Vios baharu. Pelancaran TVC ‘Pulse of Action’ itu merupakan kempen iklan terkini syarikat berkenaan bagi mempromosikan model sedan kompak terlaris Toyota.

TVC-VIOS- PULSE-of-ACTION-mekanika (3)

Slogan berkenaan dipilih bagi mewakili tema kempen. Ia merujuk kepada degupan jantung dan keseronokkan memandu Vios yang dinamik.

Video itu mempamerkan kelincahan Vios beraksi di jalan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, hari sama berlangsungnya Kuala Lumpur City Grand Prix.

TVC-VIOS- PULSE-of-ACTION-mekanika (4)

UMW Toyota cuba mengetengahkan satu konsep yang memberi tumpuan kepada keseronokan serta keakraban. Sebab itulah rakaman dilakukan di lokasi tempatan.

Iklan komersial berkenaan dihasilkan oleh Pengarah Filem, Ryo Miyakoshi dan Pengarah Fotografi, Hiromi Tsushima. Setiap aksi dalam video berkenaan dilakukan oleh pemandu lagak ngeri profesional dari pasukan Chiba Jepun.

TVC-VIOS- PULSE-of-ACTION-mekanika (2)

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata hasrat syarikat ialah ingin menyalurkan informasi kepada rakyat tentang keupayaan pengendalian termaju dan kestabilan kawalan Vios.

Sebelum tayangan sulung TVC selama 60 saat, Toyota ada menyediakan tiga video teaser berdurasi 15 saat. Ia ditayangkan di beberapa peringkat platform digital bagi meraih keterujaan dan minat awam bermula 19 Oktober lalu.

TVC-VIOS- PULSE-of-ACTION-mekanika (5)

Keseluruhan kempen turut disokong oleh empat video belakang tabir. Selain temu bual bersama pasukan Jepun dan pengurusan tertinggi UMW Toyota Motor.

Empat model yang digunakan dalam TVC berkenaan juga akan dipamerkan pada acara UMW Toyota Motor WOW 2 Road Tours dan aktiviti Toyota yang lain. Dalam tempoh berkenaan, orang ramai berpeluang menyaksikan dan merasai sendiri pengalaman pemanduan Vios. Di samping mengenal pasti penambahbaikan prestasi dan keselesaan Vios baharu.

DSC_0090

Iklan berkenaan sudah pun ke udara bermula Oktober lalu menerusi saluran TV, panggung wayang, media sosial, dalam talian, promosi Toyota dan pusat jualan. Tayangan akan  berakhir pada Jun 2016.

Tonton video di pautan: http://www.toyota.com.my/ViosPulseOfAction

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button