Motosikal

CAFE RACER 125

Pengeluar motosikal asal Inggeris, WK Bikes memperkenalkan model baharu yang dinamakan WK Cafe Racer 125. Motor retro berkenaan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Β hitam dan hijau gelap.

WK-Cafe-Racer-125-mekanika (2)

Lebih menarik jentera itu dijual pada harga 1,499 pound sterling. Harga berkenaan bukan sekadar seunit jentera. Malah pemilik turut menerima helmet GMac/Nitro Pilot dan jaket Akito Horizon sebagai sebahagian dari promosi.

Motosikal berkenaan dijana oleh enjin 124cc penyejukkan udara. Kapasiti itu mampu menghasilkan kuasa 7.9kw @ 8000rpm. Penghantaran kuasa ke roda belakang menggunakan transmisi 5-kelajuan.

WK-Cafe-Racer-125-mekanika (1)

Bagi mereka yang ingin melibatkan diri dalam jentera dua roda, model cafe racer ini adalah pilihan terbaik. Berat bersih WK Cafe Racer 125 hanyalah 106kg dengan ketinggian pelana 720mm. Cukup ideal dan mudah dikendalikan bagi mereka yang rendah.

Selain sistem kick start, model tersebut turut didatangkan dengan penghidup elektrik. Untuk memberhentikan jentera, ia dilengkapi dengan brek cakera di hadapan dan belakang. Sementara roda depan didatangkan dengan saiz 90/90-18 dan belakang 120/80-16.

Menyasarkan kepada penunggang muda, WK Cafe Racer 125 adalah model alternatif yang menarik dan berpatutan. Sayangnya model tersebut tidak dijual di pasaran tempatan.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button