Buletin

AUDI R8 SPYDER DISEWA PUTUS DUA. LANGGAR 13 KENDERAAN. PEMANDU DIBURU POLIS

Sebuah Audi R8 Spyder yang disewa melanggar tidak lebih daripada 13 kenderaan sedang parkir dan terputus dua di Nanterre, Paris, Perancis.

Difahamkan, dalam kejadian terbabit tiada kemalangan jiwa. Jentera berkenaan didakwa disewa bersama sebuah Porsche 911 untuk digunakan dalam majlis perkahwinan.

Bahagian belakang Audi R8 Spyder rosak teruk dan tercabut. Enjin V10 supercar tersebut turut kelihatan beberapa meter dari kenderaan malah ia terbakar selepas kemalangan itu.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian tentang video viral di media sosial ini adalah ia dimuat naik oleh  seorang lelaki tidak berbaju tanpa menutup wajahnya dan berkata:-

“Kami melipatnya tetapi semuanya baik-baik sahaja,” katanya.

Kelibat lelaki berkenaan tidak kelihatan sewaktu pihak polis tiba di lokasi kejadian. Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui suspek yang memandu jentera buatan Jerman itu.

Salah seorang penduduk setempat memberitahu, mereka mendengar deruman enjin yang kuat sebelum kemalangan berlaku dan jentera R8 dipandu lebih daripada seorang pemandu pada malam kejadian.

Menurut sumber polis, kereta berkenaan telah bertukar tangan lebih dari seorang dan perlu mengenalpasti pemandu jentera terbabit.

Sebanyak lima pemilik kenderaan terlibat dalam kemalangan telah membuat laporan dan pencarian pemandu menyewa Audi R8 masih berterusan untuk mengetahui punca kemalangan. – carscoops.

Google ads
Back to top button