
PANDU UJI AUDI S5 SAMPAI REMUK. BETUL-BETUL UJI KEMAMPUAN KERETA!!!
Seorang wanita yang memandu uji jentera Audi S5 terpakai dengan kelajuan melebihi 160 km/j mengakibatkan kenderaan berkenaan terbabas dan rosak teruk.
Bahkan, Zujey Martinez yang berusia 30 tahun meninggalkan kesan kerosakan sepanjang 137 meter di lokasi kejadian.
Wanita berasal dari Norwich, Connecticut, Amerika Syarikat (AS) itu memberitahu pihak polis, dia memandu kenderaan Audi S5 terpakai tahun 2013 itu pada kelajuan melebihi 160km/j.
Dalam kejadian itu, dia telah melanggar beberapa batang pokok sekali gus mengakibatkan kenderaan terbalik.
Difahamkan, wanita terbabit ingin menguji tahap keupayaan jentera itu.

Menurut laporan Norwich Bulletin ketika kejadian terdapat seorang penumpang did ala kereta.
Begitupun, penjual kereta tidak mengikuti uji pandu dengan pembeli sebagai langkah berjaga-jaga ketika pandemik Covid-19.
Jurucakap Polis Negeri Connecticut menulis dalam laman Facebook berkata pengendali kenderaan berkenaan merupakan seorang wanita berusia 30 tahun dari Norwich.
“Dia dapat menguji beberapa ciri keselamatan pada jentera baharunya dengan memandu melebihi 160 km/j berdekatan susur keluar 18 di Bandar Norwich.
“Selepas kemalangan, saksi telah menghubungi peronda E-Montville melaporkan tentang kenderaan terbabas,” katanya.

Martinez dan penumpang kenderaan mengalami cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital William W. Backus.
Pihak polis berkata wanita berkenaan dikenakan saman kerana memandu dengan cuai dan tidak mengikut laluan.
Dalam laporan tidak memaklumkan sama ada wanita berkenaan telah membuat keputusan untuk membeli jentera itu. – agensi.