Buletin

TIADA KENAIKAN TOL SEHINGGA 2017, LEBUHRAYA PLUS SEPATUTNYA PERCUMA – LGE

Ini tajuk yang cukup sensasi sebagaimana dilaporkan oleh The Malaymail Online pada 4 November lepas. Memetik laporan tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, kutipan tol Lebuh Raya Utara Selatan itu sepatutnya ditamatkan dan bukannya dinaikkan.

Ahli Parlimen Bagan itu mendakwa Projek Lebuh Raya Utara Selatan ataupun PLUS telah memperolehi kembali kos keseluruhan pembinaannya yang menelan belanja sebanyak RM5.9 billion.

Beliau merujuk kepada kenyataan Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerjaraya yang menyatakan kutipan tol keseluruhan Lebuhraya Utara Selatan sehingga penghujung tahun 2015 ialah sebanyak RM36.39 billion.

Tambahan pula, bayaran pampasan gantirugi yang telah dibayar Kerajaan Persekutuan kepada PLUS akibat penangguhan kenaikan kutipan tol pada tahun 2015 sahaja berjumlah RM917.1 juta.

Dalam kenyataan tersebut, jumlah RM36.39 billion yang dikutip daripada rakyat Malaysia adalah enam kali ganda berbanding kos RM5.9 billion yang dibelanjakan untuk membina lebuhraya itu sendiri.

Setiausaha Agung DAP itu juga menambah, kos pengambilan tanah untuk membina lebuh raya itu pula telah telah ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan sepenuhnya. Pada pandangan mata kita orang biasa sekalipun, sepatutnya pengendali PLUS telah membuat untung besar.

honda toll (1)

KUTIPAN TOL PERLU DITAMATKAN

PLUS sepatutnya mendedahkan kos penyelenggaraan supaya setiap rakyat boleh menilai kedudukan sekarang. Secara teorinya, PLUS telah memperolehi kembali kos pembinaan lebuh raya itu, jadi menaikkan bayaran tol adalah sesuatu yang tidak munasabah.

Lim turut menjelaskan bahawa kepentingan pemegang konsesi kutipan tol adalah bertentangan dengan kepentingan awam dan cuma menguntungkan syarikat pengendali. Pada masa yang sama kepentingan rakyat tidak diambil kira.

TIADA KENAIKAN TOL SEHINGGA 2017

Walaupun Fadillah mengumumkan penstrukturan kutipan tol untuk 2016 dan 2017 telah ditangguhkan, Lim berkata ini cuma satu “kejayaan kecil” kerana pada masa yang sama rakyat Malaysia harus membayar gantirugi RM59.77 juta kepada empat pemegang konsesi tol lebuhraya di Malaysia.

Fadillah dalam kenyataan sebelum ini menyatakan yang jika kenaikan tol itu ditangguh, kerajaan terpaksa membayar gantirugi RM59.77 juta kepada pengusaha tol untuk tahun 2017.

Lim juga mendesak penjelasan sama ada tempoh konsesi untuk empat lagi lebuhraya juga akan disambung. Lebuhraya-lebuhraya itu ialah – Eastern Dispersal Link (EDL), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Senai-Desaru Expressway (SDE) dan Guthrie Corridor Expressway (GCE).

Adakah semua lebuhraya ini dijamin bayaran pampasan kerugian oleh kerajaan, dan adakah  tempoh konsesi akan disambung seperti PLUS dengan tambahan 20 tahun dari 2018 kepada 2038.

Kami terpanggil untuk berkongsi berita ini dengan anda semua kerana ia melibatkan kepentingan rakyat. Apatah lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari. Mudah-mudahan akan ada perubahan untuk kita rakyat Malaysia khususnya yang menggunakan lebuhraya setiap hari.

sumber

the malaymail

Google ads
Back to top button