RASMI: MODENAS LANCAR SKUTER 250CC DAN 125CC PADA 25 NOV
Seperti berita yang pernah kami siarkan pada bulan lalu, pelancaran 2 model skuter MODENAS 250cc dan 125ccsepatutnya dilakukan pada 18hb NOVEMBER. Bagaimanapun tarikh tersebut telah ditunda pada minggu berikutnya pada 25hb NOVEMBER 2016.
MODENAS sebelum ini telah mengadakan kerjasama dengan KYMCO, pembuat skuter dan motosikal terkemuka dari Taiwan dan hasil dari itu, MODENAS kini memegang hak pemasangan dan edaran jenama KYMCO di Malaysia.
Dalam perjanjian bersama juga, mereka juga mendapat hak memasarkan produk KYMCO di bawah jenama MODENAS sendiri.
Skuter 250CC yang dipercayai akan diletakkan lencana ELEGAN (berdasarkan spyshot ini) berkuasa 250cc yang diperolehi dari model asal KYMCO XTOWN 250i. Sebagai peminat skuter, kami sangat mengalu-alukan kedatangan pengganti “ELEGAN” baru. MODENAS perlu ada sekurang-kurangnya sebuah skuter maxi untuk peminat mereka.
Bagi model 125cc pula, kami belum mendapat gambaran bagaimana rupa bentuknya tapi jika dilihat dari model yang dikeluarkan Kymco, berkemungkinan besar datangnya dari model Ace 9.
Sama-sama kami nantikan pada 25HB nanti.