Motosikal

MOTOSIKAL YANG COOL INI ASALNYA YAMAHA TMAX 530!

Inilah yang akan jadi apabila sebuah skuter Yamaha T-MAX 530 tahun 2012 diserahkan kepada pakar modifikasi dari California, Roland Sands. 

roland-sands-yamaha-tmax-530-mekanika-3

Arahan yang diterima oleh Roland Sands cukup ringkas, “Bina sesuatu yang cool.” Hasilnya, skuter itu menerima perubahan yang sangat mendadak. Kalau tidak diberitahu, pasti tiada siapa yang dapat meneka apakah model asal jentera ini.

Badan besar asal TMAX 530 telah dibuang dan diganti dengan rekaan yang lebih tirus. Tempat duduknya terdiri daripada kulit berwarna coklat, manakala bahagian belakangnya direka seperti sebuah café racer.

roland-sands-yamaha-tmax-530-mekanika-5

Ruang enjin dibiarkan terbuka. Jentera itu juga menggunakan ekzos berkembar untuk bunyi lebih garang. Tidak dilupakan sepasang tayar bersaiz besar.

Yamaha T-MAX dijana oleh unit enjin parallel-twin berkuasa 46hp dengan sesaran 530cc. Disifatkan sebagai sebuah skuter yang mudah dikendalikan, T-MAX sering menjadi pilihan untuk dimodifikasi menjadi jentera berkuasa tinggi.

roland-sands-yamaha-tmax-530-mekanika-4

Turut dikenali sebagai “hypermodified” Yamaha T-MAX 530, hampir keseluruhan  badan skuter itu telah dibuka. Binaannya didakwa diinspirasikan daripada kerjaya perlumbaan salah seorang individu penting di Roland Sands.

Sumber: Yamaha Europe

Google ads
Back to top button