
TIGA MODEL SWB RML GROUP SEDANG DISIAPKAN UNTUK PELANGGAN
RML Group ini barangkali terlalu asing di pengetahun kita semua. Dalam RML Group ini sebenarnya telah lama bertapak dalam industri automotif. RML Group ini banyak terlibat dalam bidang kejuruteraan membabitkan kelajuan dan perlumbaan.
Majalah Autosport memanggil mereka sebagai rumah kejuruteraan yang handal kerana kemampuan mereka untuk menghasilkan sebuah jentera yang biasa kepada sesuatu yang lebih hebat. RML Group ini telah pun ditubuhkan pada tahun 1984 (Ray Mallock Limited) oleh Ray Mallock sendiri yang terlibat dalam bidang perlumbaan dan juga kejuruteraan.

Kini mereka sedang mempersiapkan model RML Short Wheelbase (SWB) yang kelihatan cukup klasik. Model SWB ini sebenarnya dibina berinspirasikan daripada model lagenda 250 SW. Menariknya, model RML SWB ini akan menggabungkan reka bentuk klasik, pemanduan yang selesa dan juga prestasi kereta yang bukan kepalang.
Sekali imbas, RML SWB ini memang agak menyerupai terus dengan model Ferrari 250 SWB ini. Pakej rupa klasik ini dipadankan dengan rekaan rim klasik.
RML SWB ini menggunakan trenkuasa milik Ferrari 5.5 liter V12 yang mampu menghasilkan kuasa 485 HP serta digandingkan dengan kotak gear manual enam kelajuan. Sudah tentu enjin pinjaman Ferrari ini cukup berkuasa untuk memecut laju. Apatah lagi kini beberapa komponen RML SWB ini menggunakan carbon fiber bagi mengurangi berat kenderaan. Berat badan kenderaan sport ini hanyalah sekitar 42 kg.

Walau pun kereta ini kelihatan kecil dan sempit, tapi menurut RML Group model SWB ini mampu memuatkan dua orang lelaki dewasa dengan ketinggian 2 meter tanpa masalah. Untuk kereta yang dibina menggunakan tangan dan tenaga manusia sepenuhnya, usah bermimpi untuk membelinya pada harga yang murah ya tuan tuan.
Sudahlah RML SWB ini hanya dibina sejumlah 30 unit sahaja. Punyalah ekslusif. Untuk menambahkan lagi ke-esklusif-an model klasik moden ini, ianya dijual pada harga £1,350,000 (RM7,309,056). Memang mahal. Tapi diingatkan, model sebegini adalah untuk pengumpul dan peminat tegar daripada golongan bangsawan. Dan ketiga – ketiga unit awal sedang dalam proses pembuatan untuk diserahkan kepada pemiliknya pada bulan hadapan.
RML SWB ini bakal dipamerkan pada bulan hadapan di Goodwood Members’ Meeting yang mana pengasas dan Pengerusi syarikat, Ray Mallock akan turut beraksi bersama jentera lumba satu tempat duduk miliknya sendiri kelak.

