Artikel Pilihan

SEMUANYA TENTANG TYPE E. MAHAL KERETA KLASIK NI

Ketika Jaguar Type E dikeluarkan pada tahun 1961 dahulu di Pameran Antarabangsa Geneva, sambutan yang diberikan pada model ini cukup hangat sehinggakan Jaguar menghasilkan model ini selama 14 tahun. Enzo Ferrari ketika kali pertama melihat model ini mengakui ia antara kereta paling cantik pada ketika itu

Berikut adalah 10 perkara berkenaan Jaguar E Type ataupun Jaguar XKS

1. Cesi asal kereta ini berasal dari sebuah kereta lumba yang dikenali dengan nama Jaguar D Type yang telah memenangi perlumbaan ujian ketahanan Le Mans 24 jam pada tahun 1955, 1956 dan juga 1957.

2. Rekaan Cesi – susun atur enjin menggunakan kaedah FMR (Front Mid Engine, Rear Wheel Drive). Bagi membolehkan ia mendapat nisbah berat yang sekata antara tayar depan dan belakang enjin dipasang di tengah cesi, di belakang gandar depan dan di depan pemandu. Kuasa dihantar ke tayar belakang 100%

3. Rekaan Luaran – ia menggunakan konsep Grand Tourer iaitu sebuah kereta sport mewah yang boleh dipandu untuk jarak jauh dengan 2 rekaan utama iaitu 2 tempat duduk tanpa bumbung (roadster) dan juga coupe 2 pintu dengan bumbung. Versi dengan tempat duduk 2+2 dikeluarkan kemudian

4. Varian- ada 3 varian yang dikeluarkan oleh Jaguar bagi model ini berdasarkan tahun pengeluaran. Varian pertama dikeluarkan pada tahun 1961 hingga 1968 dengan enjin pilihan 3.8 ataupun 4.2 6 silinder sebaris. Varian kedua dikeluarkan antara tahun 1968-1971 disebabkan beberapa isu keselamatan yang di tegur oleh NHTSA

Varian ke 3 dihasilkan antara 1973 dengan enjin 5.3 susunan V 12 silinder. Ia dilengkapkan dengan 4 karburetor Zenith bagi membekalkan campuran udara dan petrol dengan cukup. Varian ke 3 ini juga dihasilkan dengan pilihan transmisi kelajuan automatik serta penyaman udara

5. Jurutera yang terlibat – Malcolm Sayer merupakan jurutera aerodinamik yang terlibat secara langsung dalam rekaan model ini. Malcolm sebelum ini bekerja sebagai jurutera di Bristol Aeroplane Company semasa perang dunia kedua yang terlibat dalam membangunkan kapal terbang bagi tujuan peperangan. Malcolm adalah pelopor awal dalam membangunkan kereta yang memberi penekanan kepada aerodinamik

6. Teknologi – ketika ia diperkenalkan kepada pasaran Jaguar E Type membawa beberapa teknologi baru yang biasa digunakan pada perlumbaan untuk kegunaan umum seperti brek cakera pada roda depan dan belakang, sistem steering berasaskan rack & pinion, sistem gantungan bebas pada gandar depan dan belakang serta pembinaan yang menggunakan cesi monocoque

7. Prestasi – dengan berat sekitar 1315kg dan enjin 3800cc 6 silinder sebaris ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa kurang 7 saat. Dengan pengenalan enjin V12, ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.5 saat, dan mencapai halaju maksima 225km/j

8. Pemilik – ketika ia dilancarkan pada tahun 1961 di Geneva Motorshow ia menarik ramai peminat dan pemilik antaranya ialah pelakon Sean Connery, Steve McQueen dan juga Tony Curtis. Ketika dilancarkan ia hanya berharga sekitar USD 5895 dollar ataupun USD 41,000 dengan nilai matawang sekarang

9. Low Drag Coupe – Malcolm Sayer mendapati masih ada ruang untuk menghasilkan versi yang lebih baik bagi model E Type ini lalu Jaguar menghasilkan Low Drag Coupe yang dihasilkan daripada aloi aluminium untuk cesi yang lebih ringan. Hanya 12 unit sahaja yang dihasilkan dengan dilengkapi sistem karburetor Webber ataupun pilihan sistem suntikan petrol mekanikal serta transmisi 5 kelajuan manual ratio pendek daripada ZF

10. Nilai Terkini – Minggu lepas penulis menjumpai sebuah E Type varian ke 3 dengan enjin 5300cc V12 yang telah dijaga dan dibaikpulih seperti unit muzium. Anggaran harga yang diberikan ialah RM 1 juta. Di UK unit yang telah dibaik pulih dijual di antara harga RM 100 ribu sehingga RM 277 ribu. Bagi unit yang dijaga dengan sangat baik ia harganya boleh mencecah RM 414 ribu. Varian roadaster tanpa bumbung mencecah sehingga RM 800 ribu

Google ads
Back to top button