Artikel Pilihan

PENCURI BERUSIA 15 TAHUN REMUKKAN CORVETTE Z06 SELEPAS DIKEJAR POLIS – HEBAT KAU NAK

Seorang remaja berusia 15 tahun dari Huntsville, Alabama telah melarikan sebuah Corvette dari bilik pameran dan terlibat dengan kejar mengejar yang berakhir dengan kemalangan. Mujurlah tiada sesiapa yang cedera dalam perlanggaran tersebut.

Corvette Z06 itu dilarikan dari sebuah bilik pameran Patriot Automotive dan menurut remaja terbabit beliau telah menemui kunci kereta tersebut sebelum memandunya keluar. Siasatan mendapati kunci tersebut ‘ditemui’ dengan memecahkan sebuah tingkap bilik pameran. Menarik cubaan kau anakku. Kedai kereta ni pun satu hal, tak reti ke nak bawa balik ataupun sorokkan kunci tu di luar premis.

Kejar-mengejar bermula sekitar jam 3.30 pagi dan berakhir setengah jam kemudian selepas kenderaan suspek terlibat dalam kemalangan berhampiran lebuhraya.

Jurucakap jabatan sheriff ketika ditemubual WAFF-TV berkata kejar-mengejar dengan penjenayah merupakan satu perkara yang mereka cuba elakkan. Sayangnya ramai penjenayah tidak sedar yang kini pihak berkuasa mempunyai kamera teknologi baharu yang sangat canggih. Ramai pesalah berjaya ditahan dengan kerjasama orang ramai dan juga pihak media. Jadi kalau korang yang buat jenayah tu rasa boleh selamat, sia-sia je kot.

Dengan kata lain, adegan kejar-mengejar ni memang tidak perlu dan jabatan sheriff tidak mahu anggota mereka terlibat dalam kejar-mengejar. Malah mereka menangkap lebih ramai penjenayah dengan menggunakan rakaman video.

Bukan itu sahaja, kebanyakan kejar-mengejar juga berakhir dengan kemalangan selain membahayakan nyawa anggota polis dan orang awam termasuklah penjenayah tu sekali. Itu belum kira kerugian harta benda akibat kerosakan yang berlaku.

Tapi kan, kira terer jugak budak ni boleh bertahan 30 minit dalam kejar-mengejar dengan pihak polis. Kita main games pun tak tahan selama tu kot? Corvette Z06 ni power tuan-tuan. Jauh hebat dari Myvi standard pekak rim copy ori korang tu dengan enjin supercharged yang mampu menghasilkan tork maksima lebih 700 Nm. Silap-silap berpusing-pusing kalau terlebih tekan minyak. Bukan setakat preggy tapi beranak terus ni. Itu belum campur tekanan akibat dikejar pihak polis. Budak ni kuat main gamer NFSMW kot. Tak percaya 50 hengget bawah meja.

Google ads
Back to top button