Buletin

TIP BALIK KAMPUNG FORD

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi.

Tip-balik-kampung-Ford-mekanika (3)

Jadi, hampir semula jalan di Malaysia akan mengalami kesesakan trafik apabila jutaan pengguna jalan raya bergerak dari utara ke selatan, dari timur ke barat, untuk sama-sama meraikan kemeriahan Hari Raya dengan keluarga di kampung halaman. Inilah masa untuk bermaaf-maafan dan kanak-kanak tidak sabar menerima duit raya.

Dalam situasi sebegini, para pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati. Malangnya, pada setiap musim perayaan, jumlah kemalangan dan kematian meningkat dengan signifikan.

Tip-balik-kampung-Ford-mekanika (5)

Antara punca utama kemalangan termasuklah jumlah trafik yang luar biasa. Maksudnya, orang ramai akan menghabiskan lebih banyak masa di atas jalan raya, sekali gus menyebabkan mereka menjadi letih dan tertekan. Bagi membantu anda tiba ke destinasi dengan selamat bersama mereka yang tersayang, di sini ada lima tip pulang ke kampung daripada Ford:

 Tip-balik-kampung-Ford-mekanika (2)

1. Persiapkan Kereta Anda:

Sebelum memulakan perjalanan balik ke kampung, ada beberapa pemeriksaan asas yang boleh anda lakukan bagi memastikan kereta bersedia untuk perjalanan jauh. Sebelum bergerak, anda boleh memeriksa takat minyak, air untuk penggilap cermin dan tekanan tayar. Jika anda balik kampung bersama anak-anak, pastikan mereka memakai tali pinggang keledar dan menggunakan tempat duduk kanak-kanak yang sesuai dengan usia masing-masing.

2. Rancang Perjalanan Anda:

Berikan masa extra pada perjalanan anda. Kelewatan adalah satu perkara yang boleh anda jangka apabila memandu dalam jarak jauh dan jutaan pemandu lain melakukan perkara yang sama. Memperuntukkan lebih banyak masa boleh membantu anda supaya lebih tenang ketika memandu. Selain membolehkan anda berehat sepanjang perjalanan. Ingat, jalan yang paling pendek tidak semestinya menjadi jalan yang paling cepat. Elakkan daripada menggunakan jalan yang sudah pasti sesak semasa waktu puncak.

Tip-balik-kampung-Ford-mekanika (1)

3. Kemas Barang dengan Bijak:

Pastikan anda menyimpan kit bantuan kecemasan di dalam kereta. Bawa juga benda-benda yang boleh menghiburkan anda seperti muzik, permainan dan permainan untuk kanak-kanak.

4. Bahagikan Tugas Memandu:

Memandu dalam jarak yang jauh memang meletihkan. Jadi, cuba berehat dan memandu dengan orang lain. Ada orang pandai menunjukkan jalan, ada juga yang langsung tidak boleh membaca peta walaupun selepas mencubanya. Ketahui kelebihan masing-masing, kemudian bahagikan tugas berdasarkan kebolehan dan kecenderungan.

5. Bertenang… :

Apabila rasa marah kian memuncak, ingat bahawa semua orang mahu pulang untuk bertemu dengan mereka yang tersayang. Meluahkan kemarahan tidak akan membantu memperbaiki situasi itu. Jadi, bertenang dan ingat bahawa Hari Raya adalah masa untuk kita bermaaf-maafan dan berdamai. Selain itu, nilai semula jadual perjalanan dan ETA anda.

Tip-balik-kampung-Ford-mekanika (6)

Sudah pasti, memandu dengan selamat bukan hanya perlu dipraktikkan sewaktu musim perayaan sahaja. Apabila anda pulang daripada bercuti bulan depan, Ford ingin menjemput semua untuk menyertai siri jelajah ‘Future of Safety with Ford’ – satu pengalaman yang menyeronokkan, interaktif dan bersifat amali.

Tip-balik-kampung-Ford-mekanika (4)

Ia bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui program ini, Ford akan menggalakkan para pengguna supaya memandu dengan lebih selamat demi keluarga yang tersayang serta menimbangkan teknologi-teknologi yang boleh membantu mereka berbuat demikian. Siri jelajah keselamatan selama 45 minit akan diadakan pada 6 -7 Ogos, setiap setengah jam mulai 10am di pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya.

Pada masa yang sama, Selamat Hari Raya Aidilfitri! Kami doakan anda perjalanan balik kampung yang selamat.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button