Artikel PilihanBuletin

TOPI TRUCKER FORD INI BOLEH KESAN KAU PENAT ATAU MENGANTUK!

Ford memang geliga, ada sahaja projek yang nakal dan tidak terjangkau seperti bunyi ekzos Ford Mustang yang boleh ditetapkan mengikut masa dan brek tangan drift untuk Ford Focus RS.

Kali ini Ford tampil lagi dengan projek terbaru iaitu topi trak (trucker cap) pintar atau nama rasminya Safe Cap.

Projek Safe Cap ini dibangunkan oleh Divisyen Lori Berat Ford Brazil untuk membantu pemandu memandu dengan lebih selamat dan mengelakkan situasi biasa yang berlaku semasa rutin perjalanan mereka iaitu keletihan semasa perjalanan.

Safe Cap ini nampak seperti topi biasa tetapi sebenarnya ia dilengkapi dengan sensor yang mampu menafsirkan pergerakan kepala pemandu untuk memberi amaran jika pengguna letih atau mengantuk sewaktu memandu.

Safe Cap boleh mengeluarkan tiga jenis isyarat iaitu getaran, bunyi dan silauan cahaya supaya pemandu sedar mereka sedang mengantu atau letih dan berhenti untuk berehat.

Safe Cap ini mula berfungsi melalui kajian untuk mengenal pasti pergerakan pemandu lori sewaktu dalam keadaan normal dan pergerakan yang menunjukkan rasa mengantuk.

Informasi atau maklumat ini kemudiannya dipindahkan ke unit pemprosesan utama topi yang bersambung dengan accelerometer dan gyroscope (dalam telefon pintar ada dua alat ini) untuk mengenal pasti setiap jenis keadaan atau tabiat.

Ford telah menguji Safe Cap selama lapan bulan melalui sekumpulan pemandu terpilih pada jarak lebih daripada 5 ribu kilometer dalam keadaan pemanduan sebenar. Projek ini turut dibentangkan kepada pakar-pakar keselamatan lalu lintas dan pakar kajian tidur yang mengiktiraf potensinya bagi membantu pencegahan kemalangan jalan raya.

Prototaip Safe Cap ini masih melalui fasa ujian dan selepas itu akan dipaten dan dibuat pensijilan. Buat masa sekarang, tiada perancangan untuk pengeluaran dan pengkomersialan dalam jangka pendek dan sederhana.

Ford bagaimanapun berminat untuk berkongsi teknologi ini dengan rakan kongsi dan pelanggan untuk membawanya ke tahap seterusnya dan membolehkankannya diperkenalkan di pasaran.

Kajian ini diadakan sempena sambutan 60 tahun pengeluaran Trak Ford di Brazil, yang melambangkan semangat inovasi dari jenama dan pelaburan penyelidikan berterusan dengan fokus kepada keselamatan lalu lintas dan ribuan profesional yang memandu setiap hari untuk membangunkan ekonomi negara.

BACA: FORD CIPTA BUNYI EKZOS BOLEH SET IKUT MASA, TAKUT KENA MARAH JIRAN KAH KAH KAH

BACA: BREK TANGAN ELEKTRONIK FORD – SERLAHKAN NALURI DRIFTER DALAM DIRI ANDA

Google ads
Back to top button