Buletin

TOTAL QUARTZ TINGKATKAN PRESTASI

TOTAL, penyedia rasmi minyak pelincir dan bahan api perlumbaan untuk pasukan Infiniti Red Bull Racing Team kembali membawakan produk terbaiknya, TOTAL QUARTZ buat pengguna di Malaysia.

Antonio briefing the media

TOTAL QUARTZ ialah satu rangkaian minyak pelincir yang direka khas untuk memenuhi syarat ketat OEM (Original Equipment Manufacturers) dan pengeluar enjin di seluruh dunia.

“Memilih minyak enjin yang tepat memang penting di pasaran ini. Ia memberi perbezaan dari segi memanjangkan hayat enjin dan menjimatkan penggunaan bahan api.

“Kami menggunakan kepakaran selama 30 tahun terlibat dalam Formula One dan sukan bermotor lain untuk membangunkan penyelesaian tercanggih buat pengguna,” kata Pengarah Urusan TOTAL Oil Malaysia, Antonio Miranda.

GOLD_4L_RIGHT_CMYK (1)

Kaji selidik yang dilakukan oleh syarikat penyelidikan pasaran global, IPSOS mendedahkan bahawa 32 peratus pengguna akan bertukar kepada jenama lain sekiranya ia memberikan prestasi lebih baik.

Minyak pelincir TOTAL QUARTZ mengandungi tiga komponen utama. Antaranya ialah minyak asas yang terdiri daripada pelbagai komposisi dan dipertingkatkan oleh polimer serta aditif prestasi.

Minyak pelincir ini berjaya memenuhi standard kualiti tertinggi. Ia diakui oleh OEM utama seperti Kia, Citroen dan Peugeot. Malah TOTAL telah membangunkan kalkulator penjimatan bahan api bagi menunjukkan minyak pelincir TOTAL QUARTZ mampu mengurangkan penggunaan minyak.

SILVER_4L_HIRES_CMYKy (1)

Selain minyak enjin, TOTAL Oil Malaysia juga mengkhusus dalam menawarkan penyelesaian minyak pelincir secara kompehensif kepada industri kenderaan tugas berat dan mesin.

Bagi meraikan kehadirannya ke pasaran tempatan, TOTAL Oil Malaysia bersama Sony Pictures mempersembahkan filem RoboCop yang mula ditayangkan di pawagam pada 31 Januari lalu.

Joel Kinnaman stars in Columbia Pictures' "Robocop."

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TOTAL QUARTZ dan memenangi tiket filem RoboCop, sila layarii laman Facebook www.facebook.com/totalmalaysia. TOTAL Oil Malaysia juga menawarkan payung RoboCopsecara percuma dengan pembelian TOTAL QUARTZ 9000 (fully synthetic) dan tuala tangan untuk TOTAL QUARTZ 7000 (semi sintetik).

Minyak pelincir TOTAL QUARTZ boleh didapati di lebih 1,000 bengkel bebas di seluruh negara. TOTAL juga memiliki bengkel Auto Lubecare yang menawarkan penyelenggaraan penuh menggunakan produk TOTAL Oil. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.total.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button